Judul : Gerakan Persoal K’jaan Negeri Lulus Bina RMM 100K
link : Gerakan Persoal K’jaan Negeri Lulus Bina RMM 100K
Gerakan Persoal K’jaan Negeri Lulus Bina RMM 100K
GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan kerajaan negeri yang masih meluluskan dan membina pembangunan rumah mampu milik (RMM) pada harga lebih RM100,000, sedangkan jumlah unit yang terjual bagi kategori itu adalah rendah.
Ketua Biro Publisitinya Ooi Zhi Yi mempersoalkan objektif kerajaan negeri membuat keputusan melulus dan membina pembangunan yang seolah-olah tidak mempunyai permintaan yang tinggi.
“Apakah motif kerajaan DAP dalam membuat perancangan tersebut? Adakah menyediakan perumahan untuk rakyat Pulau Pinang atau menguntungkan ahli-ahli korporat merupakan objektif utama kerajaan negeri?
“Objektif utama kita haruslah untuk membangunkan perumahan sebagai tempat berteduh, membangunkan perumahan untuk pembeli rumah kali pertama. Pembangunan perumahan untuk pelaburan adalah sekunder,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata berdasarkan data yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 12,933 unit rumah kediaman yang tidak terjual di negeri ini hingga suku keempat 2016.
Ooi berkata daripada jumlah itu, 284 unit rumah yang tidak terjual berharga RM50,000 ke bawah, 378 unit (RM50,001 hingga RM100,000), 1,918 unit (RM100,001 hingga RM300,000) dan 10,353 unit (lebih daripada RM300,000).
“Bilangan perumahan tidak terjual yang rendah berada dalam julat harga RM100,000 ke bawah telah membuktikan bahawa permintaan dalam kategori tersebut adalah tinggi. Kenapakah kerajaan DAP Pulau Pinang tidak membina lebih banyak pembangunan perumahan tersebut,” katanya.
Beliau berkata pihaknya memahami bahawa data permintaan dan bekalan bagi perumahan akan berubah dari semasa ke semasa, namun kerajaan negeri seharusnya merujuk kepada data sebagai asas dalam membuat perancangan masa depan negeri.
– BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gerakan Persoal K’jaan Negeri Lulus Bina RMM 100K
Anda sekarang membaca artikel Gerakan Persoal K’jaan Negeri Lulus Bina RMM 100K dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/gerakan-persoal-kjaan-negeri-lulus-bina_12.html