Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan

Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan
link : Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan

Baca juga


Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan

KOTA BHARU – Mengejutkan dan memalukan!

Demikian luahan hati puluhan ribu pengguna laman sosial Facebook yang mengecam tindakan tiga artis dikir barat wanita yang bertindak bergelek secara mencolok mata di sebuah majlis perkahwinan di sini.

Perbuatan memalukan itu dirakam orang ramai dan tetamu ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang diadakan pada di Kampung Padang Tembusu, Tumpat, Kelantan, Sabtu lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 12 minit 50 saat, dua penyanyi wanita berpakaian ketat itu bergelek mengikut irama dangdut membuat persembahan.

Turut kelihatan seorang lelaki menyanyikan lagu dikir barat bersama kedua wanita terbabit, sambil diperhatikan beberapa artis dikir barat lelaki.

Netizen yang menyaksikan rakaman mengutuk sekeras-kerasnya tiga artis itu dan ada diantaranya memberikan komen lucah.

Ada juga mengaitkan negeri Kelantan yang terkenal dengan sebagai negeri Serambi Makkah semakin teruk.

Bagaimanapun, salah seorang penari wanita terbabit, Ayue Rosalinda tampil memberi maklum balas mengenai tarian geleknya itu di laman Facebook.

“Meh sini nok pese (pesan) sikit deh, pasal video show semalam tuh banyak yang komen negatif, dan ada jugak yang komen positif.

“Tapi kita sebagai manusia semua tidak sempurna deh.

“Jangan nak jadi diri tu hebat macam malaikat, kalau tak leh nak kelih (tengok ) tak soh (jangan) kelih, lepas tu dok komen hak pelik-pelik, tapi alhamdullilah saya dapat pahala free,” katanya dipetik di Facebooknya.

Sementara itu menurut laporan Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat, Rosnazli Amin berkata persembahan yang diadakan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Walaupun hanya merupakan persembahan yang diadakan di majlis perkahwinan termasuk karaoke, ia juga mesti mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Seharusnya tuan rumah yang menjadi penganjur majlis itu menegah sesuatu yang bercanggah dengan syiar Islam kerana perkahwinan adalah ibadah dan untuk mendapatkan keredaan Allah,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan

Sekianlah artikel Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gelek ‘Gerudi’ Cemari Majlis Pernikahan Di Kelantan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/gelek-gerudi-cemari-majlis-pernikahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :