Judul : Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral
link : Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral
Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral
Pawel Poljanski telah memuat naik gambar kakinya di instagram @p.poljanski dalam keadaan yang sangat 'mengerikan' dengan kedua belah kaki atlet lumba basikal dari pasukan Bora Hansgrohe itu dipenuhi urat-urat yang menonjol dan bahagian lutut kelihatan merah akibat sinaran matahari.
Foto yang diberi caption, "Setelah menyelesaikan 16 tahap, kaki saya kelihatan sedikit keletihan" sudah mendapat tanda like sebanyak 44,032.
Dari ribuan komentar yang masuk, rata-ratanya meletak rasa simpati kepada Pawel yang terpaksa memikul tugasnya sebagai pelumba basikal profesional.
"Itu tidak sihat, kawan," ujar salah satu pengguna.
Keadaan yang dialami Pawel Poljanski bukanlah keadaan "mengerikan" pertama kerana Chris Froome yang pada 2014 lalu pernah berkongsi gambar foto yang sama.
Menurut Dr Bradley Launikonis dari University of Queensland School of Biomedical Science, keadaan itu merupakan lumrah untuk atlet lumba basikal jarak jauh.
"Jumlah darah yang biasanya turun ke kaki kita adalah lima meter setiap minit, sedangkan bagi atlet biasa, maksimum akan menurunkan 20 liter seminit yang mengalir melalui otot," kata Bradley dikutip dari ABC.
Apalagi buat atlet lumba basikal seperti Pawel Poljanski, sudah pasti berkali-kali ganda.
"Dua kali ganda atau sekitar 40 liter seminit, mereka memiliki volume darah yang sangat besar."
Untuk gambar kaki Pawel Poljanski, itu adalah gumpalan darah di pembuluh darahnya, kata Bradley lagi.
BACA INI JUGA: Gambar-gambar Ngeri Yang Pernah Menggemparkan Dunia
sumber: liputan6
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral
Anda sekarang membaca artikel Gambar 'Mengerikan' Kaki Pelumba Basikal Tour de France Selepas Perlumbaan Viral dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/gambar-mengerikan-kaki-pelumba-basikal.html