Judul : Gadis 14 Tahun Dari Kota Bharu Dirogol Bapa Kandung Ketika Mahu Mandi di Tandas
link : Gadis 14 Tahun Dari Kota Bharu Dirogol Bapa Kandung Ketika Mahu Mandi di Tandas
Gadis 14 Tahun Dari Kota Bharu Dirogol Bapa Kandung Ketika Mahu Mandi di Tandas
Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.
Bapa itu ibarat pelindung kepada anak-anak. Kasih sayang dan sikap ambil berat mereka tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.
Namun, siapa yang menyangka ada juga segelintir bapa yang tidak memikul tanggungjawab tersebut dengan seeloknya malah berlaku kejam terhadap anak kandung sendiri.
Kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, seorang ayah bersendirian bersama anak perempuannya di kediaman mereka di Kampung Tasek Badang, Kota Bharu, Kelantan.
Dikatakan semasa kejadian, ibu mangsa tidak berada di rumah dan anak gadis mereka berusia 14 tahun itu berniat untuk mandi memandangkan hari sudah petang.
Dia kemudian menuju ke dapur sebelum memasuki tandas rumah itu dan tiba-tiba bapanya menghampiri mangsa dan menyerangnya dari belakang.
Lelaki tersebut kemudian terus mengheretnya sambil mengugut anaknya itu untuk memukul jika mangsa berani menjerit meminta tolong. Takut dengan ugutan si bapa, mangsa hanya mendiamkan diri dan membiarkan dirinya diperkosa bapa kandung. Kejam!
Selepas menangis mengingatkan tragedi dirogol bapanya itu, remaja berkenaan telah menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut.
Rupa-rupanya, kejadian itu bukanlah kali pertama bapanya pernah cuba mencabul gadis itu. Sebelum ini, lelaki itu pernah meraba kemaluan remaja tersebut beberapa kali sebelum insiden rogol itu berlaku. Tak guna punya bapak!
Kini, bapa mangsa telah pun ditahan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes tersebut.
Apa nak jadi, ikutkan sangat nafsu sampai anak sendiri jadi mangsa.
Baca : Remaja Berjalan 5 km Untuk Buat Laporan Polis Dirogol Bapa Angkat Sejak Berusia 9 Tahun
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gadis 14 Tahun Dari Kota Bharu Dirogol Bapa Kandung Ketika Mahu Mandi di Tandas
Anda sekarang membaca artikel Gadis 14 Tahun Dari Kota Bharu Dirogol Bapa Kandung Ketika Mahu Mandi di Tandas dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/gadis-14-tahun-dari-kota-bharu-dirogol.html