Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi

Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi
link : Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi

Baca juga


Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi

KUALA LUMPUR – Apa yang hendak dihairankan apabila berlaku vandalisme di beberapa buah stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang belanja pembinaannya sekitar RM20 bilion?

Saya tidak terkejut bila tular berita vandalisme termasuk ke atas bangku, dinding dan tandas hanya sekitar lima hari selepas MRT Sungai Buluh-Kajang (SBK) dilancarkan kerana sikap buruk segelintir warga kota atau warga mana pun seperti itu sudah berakar umbi begitu lama dan cambahannya semakin menular.

Mentaliti kelas ketiga ini pun sudah banyak kali dibincang dan dibahas. Bukan setakat vandalisme yang menjejaskan kemudahan awam tetapi tabiat buruk lain yang banyak boleh dilihat contohnya.

Namun boleh dikata bagai ‘mencurah air ke daun keladi’, ‘Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’ dan banyak lagi kiasan berkait isu ini.

Kalau tanya pandangan orang ramai tentang sikap buruk ini, pasti akan ada yang berkata, ” Cakap apa pun, pi mai pi mai tang tu juga” kerana masih ada “tangan-tangan gatal” yang mahu meninggalkan “hasil seni” mereka di merata tempat kecuali rumah masing-masing, agaknya.

Hendak tengok sikap buruk ini tidak payah pergi jauh. Ambil dulu kawasan kejiranan. Perhatikan sahaja jika ada perhentian bas, tiang lampu atau tiang lampu isyarat, struktur TNB, longkang, taman permainan dan kawasan riadah.

Apa yang anda akan lihat? Sudah tentu contengan, goresan dan pelbagai tampalan iklan termasuk nombor telefon ah long serta peralatan yang patah, tercabut atau dicabut dan sampah sarap termasuk pontong rokok!

Ini belum lagi pokok yang di taman di tepi rumah yang bertukar menjadi semak, dengan bekas bertakung air dan kawasan rumput atau pasir yang menjadi “tandas awam” haiwan peliharaan dan liar.

Rakan penulis yang tinggal di sebuah kondominium di Lembah Pantai acap kali merungut sikap segelintir penghuni tingkat atas yang mempunyai hobi mencampak barang atau sampah. Pernah sekeping pintu gelongsor yang rosak dengan sewenang-wenangnya dicampak tanpa memikirkan keselamatan penghuni lain!

Baru-baru ini penulis menyusuri laluan tingkat bawah sebuah pangsapuri di Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang, Selangor untuk ke pasar tani yang diadakan di kawasan itu. Amat menyedihkan melihat persekitarannya! Bahagian bawah yang antaranya menempatkan kedai runcit bukan sahaja kurang bersih tetapi sampah berlonggok di sana-sini. Tempat tong sampah tidak usah cakap, betapa kotor.

Dalam hati berkata, “Tak kan nak tunggu MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya”) bersihkan!

Walhal sekiranya ada kesedaran kebersihan dalam kalangan penduduk, sudah tentu mereka boleh mengambil inisiatif melakukan gotong-royong dan menjaga rapi kawasan sekitar, antaranya untuk mengelakkan wabak penyakit denggi.

Masyarakat perlu ambil peduli keadaan persekitaran kediaman masing-masing dan jangan mengharapkan pihak berkuasa melakukan kerja-kerja pembersihan.

Isu kebersihan juga perlu ditangani di rumah-rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di samping kawalan ke atas kemudahan  awam seperti lif dan telefon awam .

Ada kalanya kita melihat dari jauh bangunan PPR yang cantik kerana projek cat semula tetapi jika ditinjau di kawasan perumahan, jangan terkejut jika melihat persekitaran yang jauh berbeza daripada yang dilihat dari luar di samping begitu banyak kenderaan sampai di parkir berlapis-lapis!

Penulis pernah berkunjung ke sebuah PPR yang berhampiran dengan Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) . Begitu sukarnya mencari tempat untuk letak kereta dan apabila penulis mengeluh, ada seorang lelaki yang berkata, “biasa parking macam tu” (parkir berlapis) dan sejurus kemudian melihat seorang lelaki lain menolak kereta yang diparkir di hadapan keretanya.

Mungkin kerana kadar sewa yang murah sehingga penghuninya mampu memiliki kenderaan dan ramai juga mampu melanggan stesen tv berbayar kerana banyaknya parabola di dinding bangunan PPR.

Isu kerosakan lif atas apa juga sebab termasuk vandalisme di PPR atau PA akan hanya mendapat perhatian jika berlaku krisis air dan penduduk terpaksa menggunakan tangga untuk mengangkut air atau berlaku kematian disebabkan lif yang rosak!

Berbalik kepada vandalisme yang berlaku di stesen MRT, pihak berkuasa dan yang menguruskan premis berkenaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang ditangkap melakukan kerosakan itu.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana sikap buruk ini boleh merebak memandangkan ribuan orang menggunakan khidmat MRT setiap hari.

MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dilaporkan memasang 6,018 unit (sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan usaha sedang dibuat untuk menjejak pelaku vandalisme itu.

Datuk Najmuddin Abdullah, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp dipetik sebagai berkata, tindakan tegas boleh diambil ke atas pelaku vandalisme mengikut Seksyen 425 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Pesalah, katanya, boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan jika sabit kesalahan!

Eloklah juga pesalah itu dikenakan hukuman membersih serta mencuci stesen MRT dengan digantungkan pelekat “Saya pesalah vandalisme” supaya menjadi pengajaran kepada pengguna MRT yang llain.

Didikan untuk tidak melakukan vandalisme perlu bermula dari rumah.  Jika di rumah anak dibiar melakukan sesuka hati sehingga merosakkan kerusi meja dan menconteng di sana-sini, bercakaran sesama adik beradik, bagaimana untuk mengharapkan anak ini dapat mengawal kelakuannya di luar rumah iaitu di tadika atau di sekolah?

Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang baik kerana tindak-tanduk ibu bapa akan diteladani anak.

Jika di luar rumah, ibu bapa perlu mengawal pergerakan atau kelakuan anak. Kita boleh lihat di gedung membeli-belah sebagai contoh, anak yang dibiarkan berlari ke sana-sini, bermain di tangga bergerak atau lif, seolah-olah mereka tidak pernah dapat bebas berlari!

Pernah penulis menegur dua kanak-kanak yang bermain di papan kekunci mesin ATM, menekan di sana-sini sedangkan ibu bapa mereka ada berhampiran sedang beratur menunggu giliran untuk menggunakan mesin ATM.

Tidak pun mereka menegur anak mereka sehinggakan penulis yang tidak tahan melihat gelagat kanak-kanak itu menghampiri dan menegur mereka supaya menghentikan perbuatan mereka.

Sedikit pun ibu bapa mereka tidak berkata apa-apa atau memanggil dan menegur anak tadi.

Maaf cakap, mentaliti ibu bapa ini sudah tentu tidak akan dapat mendidik anak untuk menjadi warga kelas pertama! – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi

Sekianlah artikel Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fikirlah: Mentaliti Kelas Ketiga Sudah Berakar Umbi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/fikirlah-mentaliti-kelas-ketiga-sudah_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :