FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria

FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria
link : FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria

Baca juga


FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menegaskan bahawa ia tidak terlibat dalam mana-mana konspirasi atau agenda peribadi dalam menjalankan proses siasatan dalaman ke atas Datuk Zakaria Arshad dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan.

Dalam kenyataan hari ini, FGV berkata, siasatan ini dianggap tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah dalam menjalankan tanggungjawab prihatin dalam pengurusan sebuah syarikat penyenaraian awam dan kepentingan pemegang saham.

"FGV, yang komited kepada amalan tadbir urus korporat yang baik, akan memastikan siasatan dalaman dijalankan secara adil dan saksama. Siasatan dalaman akan menumpukan kepada isu hutang Safitex," katanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 19 Jun, FGV berkata terdapat beberapa bukti asas yang membolehkan Lembaga Pengarah FGV mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ketua Pegawai Kewangan dan dua lagi pegawai kanan yang berkaitan dengan pelanggaran prosedur dalaman.

"Tuduhan yang menyatakan bahawa Lembaga Pengarah mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan pengurusan kanan adalah tidak wajar.

"Jika tuduhan ini berterusan, ia dikhuatiri boleh menyebabkan fokus FGV tergendala daripada usahanya untuk menambah baik operasi teras, menjana nilai tambah dan melaksanakan tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah kepada pemegang saham," katanya.

Kumpulan itu berkata, setakat ini, keputusan yang telah diambil adalah membolehkan Zakaria dan tiga lagi kakitangan pengurusan kanan untuk bercuti dengan bergaji penuh dan menerima semua kemudahan.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria

Sekianlah artikel FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FGV tegaskan tidak terlibat konspirasi dalam proses siasatan dalaman Zakaria dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/fgv-tegaskan-tidak-terlibat-konspirasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :