FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda

FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda
link : FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda

Baca juga


FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda

JOHOR BAHRU – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju memberikan dua kerusi dalam Lembaga Pengarahnya untuk wakil FELDA, bagaimanapun satu daripada kerusi itu adalah kerusi gantian.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, keputusan dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dengan pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, minggu lepas.

Katanya, sebelum ini, FELDA memohon tiga wakilnya diletakkan dalam Lembaga Pengarah FGV tetapi langkah itu memerlukan FGV menambah bilangan Ahli Lembaga Pengarah kepada maksimum 13 orang.

“Berdasarkan perundingan dengan pihak FGV, mereka bersetuju memberikan dua kerusi kepada Felda, dengan satu daripadanya adalah  kerusi gantian.

“Dengan persetujuan ini, ia bermakna keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah adalah seramai 11 orang, iaitu tiga lantikan kerajaan, dua daripada FELDA dan enam lagi merupakan Lembaga Pengarah Bebas.

“FGV juga tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa semata-mata untuk menambah Ahli Lembaga Pengarah kerana bilangan sekarang masih termaktub dalam perlembangan syarikat,” katanya kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Parllimen Johor Bahru di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam keadaan FGV masih terumbang-ambing, FELDA tidak mahu penetapan kerusi itu dilengah-lengahkan kerana FGV boleh terkesan dengan perkara negatif.

Tambahan pula, FGV kini kehilangan beberapa individu penting, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad dan  Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha yang dipaksa bercuti awal Jun lalu.

Turut berdepan situasi sama ialah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. Delima Oil merupakan anak syarikat FGV.

Sementara itu, Shahrir yang merupakan anggota Parlimen Johor Bahru berkata, Barisan Nasional (BN) mahupun masyarakat FELDA tidak akan terkesan dengan analisis sesetengah pihak yang mengatakan BN akan kehilangan sekurang-kurangnya lima kerusi dalam kawasan FELDA pada pilihan raya umum akan datang, ekoran krisis FGV itu.

“Analisis ialah analisis. Kita tidak boleh larang tetapi pada kami (BN), kita bekerja dan tidak berhenti,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda

Sekianlah artikel FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah Kepada Felda dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/fgv-setuju-berikan-2-kerusi-lembaga_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :