Fazura Telah Jatuh Cinta

Fazura Telah Jatuh Cinta - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fazura Telah Jatuh Cinta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fazura Telah Jatuh Cinta
link : Fazura Telah Jatuh Cinta

Baca juga


Fazura Telah Jatuh Cinta

Sebaik mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia yang diberi kepercayaan mengurus kariernya sejak beberapa bulan lalu, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin,34, dilihat tidak mensia-siakan peluang yang diterimanya di arena muzik tempatan.

Terdahulu, heroin Hero Seorang Cinderella ini cukup sinonim dengan lagu Hancur Aku bersama Estranged dan Dason Dy untuk lagu Nothing Like Pag Ibing.

Bulan lalu, Cinderella yang merupakan lagu duetnya bersama Fattah Amin turut mendapat perhatian yang bukan calang-calang dari pencinta muzik. Terkini, bintang itu kini hadir dengan koleksi singlenya sendiri.

Single berkembar berjudul Bisa Apa dan Bangun itu telah pun dilancarkan sejak 16 Jun lalu dan pastinya, dua lagu tersebut mempunyai keistimewaan dan kisah tersendiri terhadap selebriti tersebut.
Bisa Apa merupakan hasil penuh karyawan terkenal Indonesia iaitu Tantra Numata dan Mhala Numata dan dilakukan sepenuhnya di Indonesia termasuk proses mastering di Bandung.
Menjadi salah sebuah runut bunyi dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Bisa Apa juga diilhamkan khusus buat Fazura.

Diiringi dalam ritma balada indah dengan permainan banyak instrumen termasuk gesekan cello dan biola, Fazura mendendangkan lagu tersebut dengan cukup baik dan emosi yang dibawanya menerusi single Bisa Apa cukup meyakinkan.

Teruja dengan Bisa Apa, Bangun

Fazura seperti yang dipetik berkata, dia jatuh cinta dengan melodi lagu tersebut apabila pertama kali mendengarnya.
“Pertama kali mendengar material raw yang dihantar, saya terus jatuh cinta dengan lagu ini. Bisa Apa seperti mempunyai tarikan tersendiri dari segi susunan muzik dan liriknya,” katanya.
Sementara itu, Bangun yang dicipta Ilyahida selaku komposer, Ruviyamin sebagai arranger dan Ahmad Kemat Khair pada posisi produser, lagu ini begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan Fazura.

“Bangun merupakan sebuah lagu yang melambangkan kekuatan. Sebuah kejayaan itu boleh dikecap jika kita sentiasa pilih untuk bangun dari setiap kejatuhan. Kejatuhan itu pada saya ada tersembunyi hikmah istimewa.

“Jadi saya harap semua yang mendengar lagu ini juga akan terus bangun biarpun berhadapan dengan banyak hal yang buruk dalam kehidupan,” ujar Fazura optimis.

Melengkapkan kehangatan terhadap Bangun, sebuah klip video turut akan dihasilkan dalam tempoh terdekat.

Fazura yang juga merupakan duta kepada telefon pintar Neffos, turut mempunyai perancangan menarik khusus buat pengguna dan peminat selebriti berkenaan.

Difahamkan, mereka yang bertuah turut akan beraksi di dalam klip video berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong sempat melahirkan rasa teruja dengan perkembangan positif dalam pengurusan karier nyanyian Fazura  yang disifatkan sebagai agak ‘laju’.

“Kita baru jalin kerjasama, namun pihak Universal bersama Fazura tidak hanya mengikat kontrak di atas kertas tanpa memberi sebarang hasil.

“Malah dalam tempoh tersebut, Fazura telah menjalin kerjasama dengan Jason dari Filipina dan kini muncul dengan sebuah single yang dibikin karyawan Indonesia iaitu Bisa Apa dan Bangun dari Malaysia.

“Sesungguhnya saya melihat ini sebagai perkembangan positif kerana dia sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja tidak kira dari dalam atau luar negara juga orang baharu atau lama, asalkan ia membuahkan hasil baik,” jelas Kenny Ong.

The post Fazura Telah Jatuh Cinta appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Fazura Telah Jatuh Cinta

Sekianlah artikel Fazura Telah Jatuh Cinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fazura Telah Jatuh Cinta dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/fazura-telah-jatuh-cinta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :