Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan

Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan
link : Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan

Baca juga


Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan

TAWAU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu bertindak tegas dalam menangani kegiatan mencuri bekalan elektrik di kawasan perumahan setinggan di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata, penyambungan elektrik secara haram menggunakan pelbagai teknik menjadi punca kepada kebakaran besar yang berlaku pada setiap tahun di negeri ini dengan kes terbaru melibatkan 261 rumah di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas dekat sini, Sabtu lepas.

“Insiden ini sepatutnya cukup memberi pengajaran kepada semua pihak dan pihak SESB perlu mengawal kegiatan mencuri bekalan elektrik yang semakin berleluasa,” katanya.

Hamisa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Tanjong Batu, berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beras di pusat operasi bantuan untuk mangsa kebakaran Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar  sikap tidak bertanggungjawab sesetengah penduduk kampung yang mencuri bekalan elektrik sehingga menimbulkan kesusahan kepada pengguna elektrik berdaftar yang lain.

“Sedarlah tentang bahaya melakukan sambungan elektrik haram sehingga mendatangkan masalah dan beban kepada orang lain, jangan penting diri dan jadilah manusia bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Hamisa turut mengulangi saranan agar setiap rumah disediakan sebuah alat pemadam api dan sekiranya berlaku kebakaran masih boleh dikawal dengan pantas.

“Kalau kita boleh beli barang lain kenapa alat pemadam api kita tidak mampu beli, sedangkan benda itu (alat pemadam apo) diperlukan untuk keselamatan rumah,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lepas, sebanyak 261 buah rumah atas air musnah mengakibatkan 1,960 orang tinggal sehelai sepinggan.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan

Sekianlah artikel Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/elektrik-haram-sesb-perlu-tegas-di_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :