Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan

Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan
link : Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan

Baca juga


Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan

PUTRAJAYA: Elaun sara hidup dan perjalanan bagi guru pelatih pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dihentikan bermula Jun tahun depan, lapor Berita Harian.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan perkara ini, namun walaupun elaun dihentikan, yuran pengajian bagi program itu berjumlah RM27,831 tetap akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

"Pelajar IPG sedia ada iaitu bagi ambilan sebelum Jun 2017 akan terus menerima elaun seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari 2017, iaitu pada kadar RM430 sebulan, selain belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian. 

"Bagi pelajar ambilan Jun 2017, tiada elaun akan diberikan mulai Jun 2018," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan baharu Jun 2017 pula, bayaran elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun akan terus dibayar sepanjang tempoh program iaitu selama satu tahun.

Menurut pihak kementerian, IPG sudah berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara untuk membolehkan pelajar mereka menerima pinjaman PTPTN bagi membolehkan pelajar IPG yang akan menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai Jun tahun depan menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup.

Sementara itu, Ahli Parlimen Belia Malaysia merangkap Yang Dipertua GPMS Kepong, Encik Mohd Nazrin Faiz berkata, dengan keputusan yang dibuat ini, sudah tiada lagi keistimewaan untuk masuk IPG menjadi guru.

"Belum pun reda ramai isu pelajar IPG lambat mendapat 'posting', kini mereka mendapat berita ini pula."

"Mengikut pengalaman saya, apabila masuk ke sekolah untuk praktikum, guru pelatih terlibat akan menghadapi implikasi kewangan yang snagat besar, jadi mungkin penyelesaiannya yang terbaik adalah kurangkan, bukan hapuskan," katanya. - Siakapkeli.my



First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan

Sekianlah artikel Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/elaun-sara-hidup-dan-perjalanan-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :