Judul : Dwyer gagal gugat Panama
link : Dwyer gagal gugat Panama
Dwyer gagal gugat Panama
Nashville, AS: Penyerang Amerika Syarikat kelahiran England, Dom Dwyer berjaya mencetak gol antarabangsa kedua pada penampilan antarabangsa kedua sebelum pemain Panama, Miguel Camargo menyamakan kedudukan ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pembuka tirai Kumpulan B, Piala Emas semalam.
Tuan rumah mendahului pada minit ke-50 selepas Dwyer yang mendapat taraf kerakyatan AS hanya pada Mac lalu menyumbang gol pada penampilan antarabangsa keduanya.
Kelyn Rowe melakukan hantaran silang dari sebelah kiri dan Dwyer berjaya mencari ruang untuk meledak gol dari jarak dekat.
Jaringan itu nyata mengejutkan Panama dan akhirnya mereka memperoleh gol penyamaan 10 minit kemudian menerusi Camargo.
Penjaga gol AS Brad Guzan berjaya menampan bola tetapi gagal untuk menangkap kemas dan Camargo memanfaatkan peluang itu menerusi jarak 10 meter.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Dwyer gagal gugat Panama
Anda sekarang membaca artikel Dwyer gagal gugat Panama dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/dwyer-gagal-gugat-panama.html