Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk

Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk
link : Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk

Baca juga


Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk


Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anaknya sanggup lakukan apa sahaja walaupun nyawa ditukar ganti, mereka sanggup berkorban demi anak tercinta. Tetapi, si anak adakah sanggup melakukan perkara yang sama?

Inilah yang dilakukan oleh kedua-dua adik beradik ini apabila sanggup mengayuh basikal dengan jarak sejauh 50KM hanya semata-mata ingin menemui ayah tersayang yang kini dipenjarakan. Bukti kasih sayang mereka terhadap ayah telah menyentuh hati ramai netizen.

Seperti yang dilaporkan laman Coconuts, kedua adik beradik ini bertolak di awal pagi pada jam 7.30 pagi dari rumah mereka di Ban Non Khoon, Thailand untuk pergi berjumpa ayahnya telah dipenjarakan di satu tempat yang mengambil masa selama hampir 5 jam untuk ke sana.

Dalam perjalanan untuk bertemu ayah, telefon bimbit milik salah seorang dari mereka dikatakan terjatuh sehingga menyebabkan kerosakan pada skrin dan retak akibat terhempas di atas jalan raya. Namun, nasibnya sangat baik apabila telefon tersebut masih lagi boleh digunakan walaupun mengalami keretakan.

Mereka mungkin akan kehilangan arah dan sesat sekiranya telefon bimbit itu tidak boleh lagi digunakan kerana penunjuk arah yang mereka gunakan adalah aplikasi GPS yang terdapat dalam telefon berkenaan.


Walau bagaimanapun, satu perkara yang amat menyedihkan telah berlaku kepada mereka selepas mengharungi perjalanan yang sejauh 50KM apabila mereka tidak dibenarkan masuk untuk menemui ayahnya di Penjara Daerah Kantharalak.

Seorang pengawal yang dikenali sebagai Apichai Manthong begitu simpati terhadap kedua kanak-kanak berkenaan kerana dia diarahkan oleh pihak atasan supaya tidak membenarkan mereka masuk untuk melawat ayahnya kerana pada hari berkenaan bukanlah hari untuk pelawat.

Walaupun merasa kasihan terhadap dua beradik itu, Apichai tidak mampu berbuat apa-apa supaya mereka dapat menemui ayah mereka tetapi dia telah membawa kedua-duanya ke bahagian pejabat pentadbiran untuk memaklumkan kepada mereka tentang tarikh ayah mereka akan dibebaskan kelak. Malah, Apichai turut mengambil kesempatan merakamkan gelagat kedua-duanya sebelum mereka balik semula ke rumah.

Menurut Apichai, dia hampir menangis apabila kanak-kanak terbabit menunjukkan kegembiraan mereka selepas dimaklumkan tarikh sebenar ayah mereka akan dibebaskan. Saya tersentuh melihat kecintaan dan kasih sayang mereka terhadap ayah mereka. Pada hujung minggu mereka tidak ke sekolah dan mengambil keputusan untuk melawat ayah pada hari ini, jelas Apichai.

Apabila ditanyakan tentang ibu dan mengapa ibu tidak menemani mereka, mereka menjawab ibu berada di Bangkok dan mereka tinggal dengan nenek bersama seorang abang yang dikatakan mempunyai penyakit mental.

Apichai juga turut memberikan sedikit saguhati berupa wang tunai sebanyak THB100 apabila mereka menjawab pertanyaan Apichai berapakah wang yang ada pada ketika itu, hanya THB200 di dalam poket.

Menurut Apichai lagi, beliau turut memberikan makanan tengah hari bagi mengalas perut dan juga air sebagai bekalan mereka dalam perjalanan nanti yang diperolehi dari penjara berkenaan.

Tiada sesiapa yang boleh mengantikan tempat seorang ibu dan ayah. Hargailah kedua orang tua kita dan mereka amat bermakna, tanpa ibu dan ayah, tiadalah kita di dunia ini. - www.koleksiviral.com

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk

Sekianlah artikel Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Beradik Harungi 50KM Perjalanan Dengan Basikal Untuk Temui Ayah Di Penjara Tetapi Pengawal Tidak Benarkan Mereka Masuk dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/dua-beradik-harungi-50km-perjalanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :