Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan!

Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan!
link : Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan!

Baca juga


Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan!

Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan!

Assalamualaikum kepada semua wanita di luar sana. Mungkin masalah rumah tangga saya ini turut dihadapi oleh wanita lain dan tulisan ini sekadar perkongsian. Saya berusia 27 tahun, telah berkahwin tiga kali dan mempunyai empat orang anak. Dalam usia semuda ini, saya mempunyai anak yang sedang meningkat remaja.

Pada usia 17 tahun, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki warga Indonesia.  Kami dikurniakan seorang anak perempuan. Suami seorang yang kuat cemburu. Lima tahun perkahwinan kami tetapi dia tidak berubah, cemburu butanya makin menjadi-jadi. Dia sering menuduh saya curang. Disebabkan sering menuduh saya berlaku curang sedangkan saya setia pada perkahwinan membuatkan ego saya tercabar.

Saya jadi rimas apabila pulang lewat dari kerja kerana kerja lebih masa, dia tuduh saya keluar atau tidur dengan bos atau lelaki lain. Bagi saya ini sudah melampau sedangkan tidak terlintas saya mahu menduakannya. Kata orang sabar itu ada hadnya. Tuduhannya saban hari itu akhirnya menjadi doa. Akhirnya saya benar-benar mencari orang lain.

Kami akhirnya bercerai. Saya berkahwin dengan suami kedua tetapi bekas suami seperti tidak berpuas hati dan sering mengekori ke mana sahaja saya dan suami pergi. Dia marah kerana kerana menganggap suami kedua sebagai perosak rumah tangga kami dulu.

Bersama suami baru, kami berjanji untuk susah senang bersama. Kerana saya terus lari dari bekas suami sebaik bercerai dan berkahwin baru, membuatkan saya tidak pasti anak siapakah yang saya kandung sebaik doktor mengesahkan saya hamil selepas berkahwin baru itu. Tapi apa yang pasti, suami amat menyayangi anak ini sebaik dia dilahirkan.

Namun selepas anak itu lahir sikap sebenar suami mula terserlah. Dia malas bekerja dan tidak membenarkan saya bekerja. Bukan itu sahaja, dia menjadi penagih dadah dan mula menjadi kaki pukul. Biarpun amat menyayangi anak kami tetapi dia tidak silu-silu memukul saya jika ada yang tidak puas di hatinya. Ketika itu rumah tangga saya mula bergoncang.

Ketika anak kedua berusia setahun lebih, saya hamil lagi dan saya beri peluang dia untuk berubah. Saya mengharapkan  dengan kelahiran anak baru itu nanti, suami akan berubah. Tetapi sikapnya makin teruk, ketagihannya makin menjadi-jadi dan semakin suka memukul. Walaupun masih sayang kepadanya,  tetapi perangainya buat saya tidak mampu bertahan. Saya hanya berharap (ketika itu saya masih beragama Kristian), dia diberi petunjuk.

Bagaimanapun saya terus berusaha mempertahankan rumah tangga biarpun suami tidak mahu berubah. Dua tahun lalu, ketika hamil anak keempat tetapi saya tidak memberitahu suami yang saya hamil kerana ketagihannya begitu teruk. Dia akan memukul saya jika saya menasihatinya. Sikapnya itu membuat saya benar-benar tidak tahan dan berharap dia segera ditangkap polis.

Pada Mac 2015, dia akhirnya ditangkap. Selepas suami ditahan, saya meneruskan hidup biarpun dalam kesusahan. Kandungan makin membesar dan saya tidak mempunyai sebarang wang simpanan. Saya hidup bagai pelarian kerana tidak ada tempat tinggal tetap. Ke sana ke mari saya membawa anak-anak. Saya hilang tempat mengadu, mujur ada adik angkat dan suaminya yang sudi membantu.

Ketika melawat suami di penjara, hati saya hancur makin. Sudahlah tidak bertanyakan khabar saya dan anak-anak, dia menuduh saya berfoya-foya dengan lelaki lain sepanjang dia dipenjara dan turut menuduh anak yang saya kandung itu anak saya bersama orang lain. Tuduhan itu membuat saya sangat kecewa. Semua kenangan manis bersamanya terus hilang. Masih dengan ego saya,  perkara yang saya tidak buat tapi apabila dituduh saya akan lakukannya. Saya tekad akan tanggung perbuatan saya sendiri.

Sering berjumpa dengan kawan baik suami ketika dia datang rumah menghantarkan makanan untuk kami saya anak beranak, akhirnya saya tersangkut hati dengannya. Sikap prihatinnya itu membuatkan saya nekad meninggalkan suami yang di dalam penjara. Bagi saya, tidak ada apa lagi yang boleh saya harapkan daripada lelaki seperti itu.

Selepas berpisah dengan suami kedua, saya menerima huluran cinta kawan baik bekas suami. Saya berazam dialah suami terakhir saya. Sikapnya prihatin dan sudi menerima saya bersama empat orang anak itu membuatkan saya percaya, masa depan saya masih cerah.

Saya juga berjanji pada diri sendiri untuk berubah sikap dan tidak akan lagi mempertahankan ego buruk saya sebelum ini. 2016, kami mulakan hidup baru. Saya sangat faham kerana dari seorang lelaki bujang dah tentu sukar untuk dia mengubah terus perangai lamanya. Tapi saya akan bimbing dia ke jalan betul dan dia akan bimbing saya menjadi isteri yang baik. Rumah tangga kami berjalan dengan lancar.

Namun selepas bekas suami kedua dibebaskan dari penjara, dia datang mencari dan mengugut akan membinasakan suami saya sekarang jika saya tidak tidur dengannya. Ugutan itu membuatkan saya takut dan tidak mahu perkara buruk terjadi pada suami. Saya terpaksa mengikut kehendaknya biarpun tanpa kerelaan. Tetapi saya tidak mahu merahsiakan hal ini pada suami, bergantung pada penilaian suami atas apa yang berlaku.

Saya tidak sangka suami dapat menerima apa yang berlaku kerana tahu saya terpaksa demi menjaga keselamatannya daripada diapa-apakan oleh bekas suami. Saya memang tidak rela melakukan perkara buruk itu tetapi dalam masa yang sama saya takut suami jadi mangsa. Dalam hati saya berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi.

Suami Ketigaku Curang

Hukum karma. Langit tidak selalu cerah. Saya dapat mengesan suami berlaku curang. Dia berkenalan dengan seorang perempuan dan tidak sampai seminggu perkenalan tersebut mereka sudah tidur di hotel. Saya mendapat tahu perkara itu melalui pesanan whatsApp di telefon bimbit suami.

Saya tidak cepat melenting sebaliknya kami bertiga duduk berbincang. Memang kalau ikutkan kata hati mahu saja saya menyerang perempuan itu tetapi suami ajak kami berbincang secara matang.  Dua jam berbincang, suami mengaku salah kerana dia memberitahu wanita itu, dia masih bujang.

Saya beri amaran kepada perempuan itu agar tidak berjumpa dengan suami lagi. Saya maafkan suami kerana saya juga pernah buat silap sebelum ini. Cuma suami minta agar dia boleh berhubung dengan perempuan itu dan saya setuju asal tak berjumpa. Suami minta saya menerima wanita itu sebagai madu.

Permintaan itu tidak saya terima. Saya tidak memberi izin kerana dalam hati saya terasa sesuatu yang lain. Saya merasakan suami seperti terpukau. Kerana baru saja seminggu jumpa terus minta kahwin. Pada saya, ini tidak patut terjadi dan dengan semangat yang kuat, saya berjaga-jaga agar semua itu tidak terjadi dan serahkan nasib rumah tangga saya pada Allah. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa serta tawakal, suami seakan tersedar dari mimpi. Dia seperti baru tersedar sesuatu.

Kami kemudian ke luar negara mencari ketenangan. Bila balik wanita itu masih inginkan suami dan tak pernah melupakannya. Saya berusaha agar dia tidak terus merampas suami. Cuma kadangkala suami seperti tidak stabil sikapnya. Saya risau jika terlalu dikawal, suami akan rasa terkongkong tetapi jika dibiarkan takut sikap lamanya (playboy) berulang. Bantulah, apa patut saya buat?

Sumber: Ya Tuhan, Majalah Mingguan Wanita


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan!

Sekianlah artikel Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dilema Wanita Muda Terjebak Cinta Suami-suami Kuat Cemburu, Penagih & Kaki Perempuan! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/dilema-wanita-muda-terjebak-cinta-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :