Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua

Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua
link : Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua

Baca juga


Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua

Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua

Diana dan Fouziah masing-masing menanti cahaya mata kedua. (Gambar: Mohamad Bakar dan Instagram Fouziah @fouziahgous)

Selepas tujuh tahun menunggu, akhirnya rezeki menyebelahi pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisham untuk menimang cahaya mata kedua.

Pasangan yang berkahwin sejak 2009 itu sudah mempunyai anak lelaki bernama Kashfi Haiqal.

Diana kini hamil tujuh bulan. Tidak menggembar-gemburkan hal itu pada peringkat awal, bagaimana ia didedahkan Zamarul sendiri di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

“Selepas tujuh tahun jurang dengan anak pertama, Alhamdulillah ada rezeki lagi untuk saya mengandung anak kedua.

Tujuh tahun menunggu.

“Malah selepas memiliki anak lelaki, saya sejujurnya mahukan anak perempuan pula kali ini. Memang sebelum ini pun, saya pernah kongsi cerita idamkan anak perempuan. Mana tahu rezeki saya kali ini untuk hal itu dapat dimakbulkan

“Insya-Allah hujung bulan ini saya akan scan jantina anak kedua ini,” katanya.

Kehamilan anak kedua ini turut membuat adik kepada Linda Rafar itu naik turun emosinya.

“Saya alah teruk kalau nak dibandingkan kehamilan pertama. Saya mabuk teruk hingga tak boleh buat apa-apa. Nak keluar rumah pun jadi segan. Saya jadi malas bersiap hingga terpaksa menolak tawaran sesi fotografi. Pendek kata semua tergendala.

Mengidam cahaya mata perempuan.

“Saya hilang mood. Raya baru-baru ini pun tak bersemangat. Hingga sekarang pun ia masih berlanjutan. Saya pernah dimasukkan ke hospital sebelum puasa kerana demam dan mabuk teruk.

“Kerana keadaan begitulah saya tak boleh berbincang lanjut dengan beberapa tawaran produk bayi yang menyatakan minat untuk bekerjasama dengan saya. Insya-Allah selepas ini, saya akan berhubung dengan mereka semula untuk berbincang lanjut,” katanya.

Tidak alami alahan teruk.

Selain Diana, aktres Fouziah Gous turut hamil anak kedua sepertinya.

Isteri kepada Mohd Zhafran Md Yusof sudah hamil lima bulan lebih. Mereka berkahwin pada tahun 2013 dan dikurniakan anak lelaki berusia setahun setengah bernama Muhammad Zeeshan.

“Alhamdulillah setakat ini saya tak berdepan alahan teruk. Cuma awal puasa lalu, saya cepat letih. Tapi saya bersyukur dapat berpuasa selama 27 hari.

“Baik saya dan suami pun tak merancang anak kedua ini. Kami pun tak kisah jantina apa anak kedua nanti,” katanya.

Walaupun hamil, masih tetap berlakon.

Sekalipun hamil, Fouziah bermula minggu depan akan ke Melaka untuk memulakan penggambaran filem Lekir. Fouziah dipertanggungjawabkan melakonkan watak wanita hebat di dalam sejarah iaitu Tun Teja.

“Saya terima tawaran ini sebelum hamil lagi iaitu tahun lalu. Asalnya penggambaran nak dimulakan awal tahun, tapi ditangguhkan penggambaran hanya ketika ini.

“Oleh kerana hamil, saya pada mulanya mahu melepaskan watak itu. Saya tak mahu membebankan produksi. Tapi pihak produksi masih berminat sekalipun saya hamil.

“Melihat kepada karakter dan watak Tun Teja itu sendiri yang mengenakan kebarung, jadi saya percaya perut saya yang hamil dapat disembunyikan,” katanya.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua

Sekianlah artikel Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diana Rafar, Fouziah Gous, Masing-Masing Mengandung Cahaya Mata Kedua dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/diana-rafar-fouziah-gous-masing-masing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :