Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan

Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan
link : Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan

Baca juga


Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan

JOHOR BAHRU –  Tindakan mahkamah mengenakan denda  ke atas seorang pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana melanggar undang-undang jalan raya membuktikan ketelusan sistem perundangan negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata keputusan mahkamah tersebut juga menunjukkan setiap individu di negara ini tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira kedudukan dan latar belakangnya.

“Siapa yang melanggar peraturan dia akan berdepan dengan tindakan undang-undang. Ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, dan kita juga mahu berlaku  adil kepada semua,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Netherlands Maritime Institute of Technology, di sini hari ini.

Ab Aziz mengulas laporan media semalam berhubung tindakan saman RM600 yang dikenakan Mahkamah Majistret Putrajaya terhadap  Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi)  JPJ Datuk Yusoff Ayob selepas beliau mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan baru-baru ini.

Mengulas isu lain, Ab Aziz yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata beliau yakin enam tokoh yang dilantik sebagai anggota panel  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an lalu,  mampu menyelesaikan isu itu.

Ini kerana kata beliau kesemua mereka mempunyai kredibiliti tinggi.

“Saya yakin dia (penubuhan RCI)  boleh menyelesaikan masalah dan isu forex ini kerana rakyat hendak tahu apa yang berlaku sebenarnya

“Kita tidak mahu perkara-perkara sebegini dilindungi kerana ia sudah menjadi satu isu. Jadi kena telus kepada semua,” katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan enam anggota panel RCI  tersebut yang bertujuan menentukan kesahihan dakwaan kerugian akibat perdagangan mata wang asing yang dialami bank pusat itu pada 1990-an serta kesannya kepada ekonomi negara.

Mereka ialah Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan,  Hakim Mahkamah Tinggi  Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi  Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan  Tan Sri Saw Choo Boon, akauntan Pushpanathan S A Kanagarayar (anggota Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan

Sekianlah artikel Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Denda Pegawai JPJ Bukti Ketelusan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/denda-pegawai-jpj-bukti-ketelusan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :