Demi ‘Pucuk’ Muda

Demi ‘Pucuk’ Muda - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Demi ‘Pucuk’ Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Demi ‘Pucuk’ Muda
link : Demi ‘Pucuk’ Muda

Baca juga


Demi ‘Pucuk’ Muda

BIARPUN pada awalnya tidak mendapat persetujuan keluarga, namun cinta yang berputik dalam jiwa pasangan pengantin baharu ini membuktikan usia bukanlah penghalang untuk mereka sehidup semati.

Begitulah pendirian yang dipegang oleh pasangan Selamet Riyadi, 16 dan Rohaya, 71, yang nekad meneruskan niat untuk mendirikan rumah tangga meskipun jarak usia antara mereka adalah 55 tahun.

Lapor Detik.com, pasangan pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai lalu di rumah Ketua Kampung, Kuswoyo, yang terletak di Dusun 1 Desa Karangendah, Sumatera Selatan, Palembang, Indonesia.

Pengantin lelaki muda itu memberikan hantaran sebanyak Rp 200 ribu (RM 642) kepada pengantin perempuan hasil wang pencariannya sendiri dan majlis akad nikah diwalikan oleh abang kandung Rohaya, Raup yang berusia 75 tahun.

Majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana itu turut disaksikan oleh ahli keluarga terdekat, penduduk kampung serta dihadapan Pegawai Pencatat Nikah.

Menurut portal itu lagi, perkahwinan Selamet dan Rohaya mencetuskan kekecohan dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat kerana masing-masing membantah keputusan mereka untuk menjadi suami isteri.

Selamet yang tidak memiliki pekerjaan tetap meluahkan hasrat untuk mengahwini Rohaya sebulan sebelum Ramadan selepas mengenali wanita yang berpangkat nenek itu, kira-kira tiga tahun lalu.

Malah, kedua pasangan itu mengancam mahu membunuh diri sekiranya tidak dikahwinkan.

“Sebelum puasa, mereka datang ke rumah saya dan bagitahu mahu nikah, tetapi tidak direstui pihak keluarga perempuan,” ujar Kuswoyo, memetik Detik.com, semalam.

“Dua hari kemudian mereka datang semula (ke rumah Kuswoyo) dan meminta jalan penyelesaian. Jika tak ada jalan keluar, keduanya nekad mahu mati.

“Mereka sempat bagitahu mahu bunuh diri kerana (masing-masing) sudah jatuh cinta dan (mahu) sehidup semati,” tambah Kuswoyo.

Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, Kuswoyo berkata, penduduk kampung dan ahli keluarga akhirnya mencari jalan penyelesaian sebelum bersetuju mengahwinkan mereka dan akad nikah diadakan pada malam kelmarin.

Perkahwinan pasangan itu juga tidak bermotifkan faktor ekonomi atau kekayaan kerana kedua-dua mereka hanya daripada golongan biasa.

Kuswoyo menambah, ibu bapa Selamet sudah bercerai dan ibunya berkahwin semula.

Selepas ibu Selamet berkahwin semula, dia tinggal bersama keluarga angkat sebelum tinggal dengan Rohaya, enam bulan lalu.

“Ketika menetap di sana (rumah Rohaya) Selamet jatuh sakit malaria lebih kurang satu bulan. Ketika sakit itulah yang merawatnya adalah Rohaya seorang diri,” ujar Kuswoyo.

Sementara itu, Selamet ketika bercakap kepada pemberita turut mengatakan perkara yang sama iaitu mula menyukai Rohaya ketika wanita itu merawatnya.

“Ketika saya sakit, dia yang merawat saya. Dari situ saya mula sukakan dengan perwatakkan lemah lembunya,” kata Selamet memetik portal berita JPNN.com.

Pegawai Suruhanjaya Wanita, Sri Nurherawati berkata, semua pihak harus menghormati keputusan pasangan terbabit untuk mendirikan rumah tangga tanpa mengira perbezaan usia, asalkan ia tidak memberi peluang berlakunya kekerasan terhadap pengantin perempuan. -MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Demi ‘Pucuk’ Muda

Sekianlah artikel Demi ‘Pucuk’ Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Demi ‘Pucuk’ Muda dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/demi-pucuk-muda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :