Judul : Demi Filem Terbaru, Amar Sanggup Masuk Kelab Malam
link : Demi Filem Terbaru, Amar Sanggup Masuk Kelab Malam
Demi Filem Terbaru, Amar Sanggup Masuk Kelab Malam
DUNIA lakonan semakin mencabar apabila semakin ramai pelakon baru yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bila dah ramai, mestilah banyak saingan.
Jadi kebanyakan pelakon terpaksa bersifat selfish apabila mereka harus berusaha keras untuk menyara diri.
Amar Asyraf Zailuddin, 31 atau lebih dikenali sebagai Amar kini sedang teruja melakukan kajian tentang watak yang diterimanya untuk filem pertamanya, Blok 404.
BACA: Lakon Babak Ranjang, Amar Tak Takut Isteri Marah
Kata Amar,ini pertama kali dia mendapat watak yang berlainan daripada yang sebelum ini pernah dilakonkan.
“Ini adalah pertama kali saya membawakan watak hitam sebegini. Memang sudah lama nantikan watak seperti ini dan bagi mendapatkan ‘feel’ saya cuba buat kajian dan lakukan yang terbaik supaya berjaya,” katanya.
Apa yang lucu sekali ialah Amar pernah tersalah masuk kelab gay semasa dia membuat tinjauan.
“Saya pergi ke beberapa kelab di ibu kota lucunya tersalah masuk kelab. Apabila lihat semua yang ada hanya lelaki menyebabkan saya resah. Selepas itu baru saya sedar itu adalah kelab gay”, ulas Amar kepada sebuah akhbar tempatan
Jejaka tampan ini juga dikatakan telah mengunjungi beberapa kelab malam dan pusat hiburan di ibu kota untuk mendapat ‘feel’ tentang wataknya itu.
Niatnya hanya untuk mendalami watak sebagai seorang lelaki yang selalu bersosial di dalam filem bawah arahan Azma Aizal Yusoof. Selain Amar, filem ini turut dibintangi oleh Aedy Asyraf, Kamal Adli, Syamsul Yusof dan ramai lagi barisan pelakon hebat.
Kalau sekadang ambil ‘feel’ dan meninjau keadaan sekeliling tak apa lagi. Jangan awak masuk situ terus awak join ‘cucuk langit’ sudah lah ya Amar-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Demi Filem Terbaru, Amar Sanggup Masuk Kelab Malam
Anda sekarang membaca artikel Demi Filem Terbaru, Amar Sanggup Masuk Kelab Malam dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/demi-filem-terbaru-amar-sanggup-masuk_26.html