Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen

Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen
link : Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen

Baca juga


Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen

Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida yang sering dikutuk dan menjadi bahan kritikan netizen, seolah-olah beliau kebal serta tidak mempunyai hati dan perasaan.

Luaran, Vida nampak tenang, tapi siapa sangka terdapat ungkapan kasar netizen yang telah mengguris hati penyanyi yang sedang hangat dengan lagu I Am Me ini.

“Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar.

“Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Vida, beliau bagaimanapun terpaksa menelan segala kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya dan berusaha membuktikan bahawa apa yang dilakukannya ini adalah strategi yang dapat membantu perniagaannya.

“Yang komen negatif tu mereka tak faham lagi, mari kita sekolahkan mereka,” katanya dalam nada bergurau.

Tegasnya, disebabkan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kelainan dalam apa jua bidang yang diceburinya, termasuklah bidang perniagaan dan seni, tidak hairanlah ada yang menuduhnya ‘syok sendiri’.

“Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya, tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama.

“Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah,” katanya.

Mengenai lagu I Am Me, Vida menjanjikan satu kelainan dari segi penghasilan klip videonya yang akan dilancarkan pada Ogos.

“Memang best, tak ada lagi di Malaya macam saya punya muzik videolah!,” katanya.

Video lirik berjudul I Am Me, ciptaan Edry Abdul Halim kini sudah mendapat lebih 600,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu.

Sumber: MStar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen

Sekianlah artikel Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dato Vida luah perasaan sakit hati gelar badut oleh netizen dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/dato-vida-luah-perasaan-sakit-hati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :