Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah

Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah
link : Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah

Baca juga


Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah

KLUANG: Dua pengganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang tauke restoran bulan lepas.

Tertuduh B. Haresh, 26, dan M.J Richardass, 28 dan K Prem Rao, 26, yang kini masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama pada 29 Jun lepas kira-kira 6 pagi semasa mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun, dalam perjalanan ke rumahnya di Simpang Renggam dekat sini.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan.

Kedua-duanya hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Kedua-dua tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi mengemukakan laporan-laporan berkaitan termasuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Afiq Zuber manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah

Sekianlah artikel Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Culik tauke restoran: Dua pengganggur dihadapkan ke mahkamah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/culik-tauke-restoran-dua-pengganggur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :