Ciuman, pelukan terakhir [METROTV]

Ciuman, pelukan terakhir [METROTV] - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ciuman, pelukan terakhir [METROTV], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ciuman, pelukan terakhir [METROTV]
link : Ciuman, pelukan terakhir [METROTV]

Baca juga


Ciuman, pelukan terakhir [METROTV]

"SEBELUM pulang ke Rawang Selasa lalu, dia cium tangan saya berkali-kali dan peluk saya. Pada hari itu juga dia minta baring di sebelah saya, malah menatap wajah saya dalam tempoh yang lama," kata Azizah Ismail, 42, ibu Allahyarham Azamasero Ahmad Yusof, 21, yang ditemui di dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala ke Klang dalam keadaan 90 peratus tubuhnya terbakar, pagi semalam.

Pekerja gerai lemang di Rawang itu meninggal dunia kira-kira 3 petang hari yang sama ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Azizah yang kudung kaki kiri akibat dipotong kerana kencing manis berkata, anaknya itu juga sering mengangkatnya dari kerusi roda dan mendukungnya jika hendak ke mana-mana.

Katanya, dia juga kehilangan anak yang patuh, rajin bekerja dan membantunya dari segi kewangan

"Dia seorang anak yang patuh dan rajin bekerja untuk membantu keluarga. Tidak pernah pulang ke rumah tanpa memberi wang kepada saya.

"Dia akan beri apa yang termampu," katanya yang ditemui di HTAR ketika menuntut jenazah anaknya itu, hari ini.

Jenazah Azamasero dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang selepas Asar hari ini dengan dihadiri lebih 50 ahli keluarga, saudara mara dan rakan.

Menurut Azizah, anaknya menyewa bilik di Rawang kerana bekerja di gerai menjual lemang sejak lapan tahun lalu.

"Ketika pulang di rumah kami di Taman Suria Pendamar, dia murung dan memberitahu ingin berhenti kerja. Arwah juga ada mengadu bergaduh dengan rakan sekerjanya.

"Saya menasihatinya supaya mencari kerja di kawasan Klang. Namun dia hanya mengangguk," katanya.

Azizah berkata, dia tidak menyangka akan menerima jenazah anaknya itu yang dalam keadaan menyedihkan.

"Saya lihat badannya lebam-lebam, hitam akibat terbakar dan keras. Tak dapat saya nak bayangkan betapa siksanya dia dibakar begitu.

“Allah SWT lebih menyayanginya," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Sejurus keluarga mangsa tampil, bedah siasat dijalankan dan hasilnya mendapati punca kematian mangsa disebabkan terbakar.

"Tiada kecederaan fizikal dikesan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun polis akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk memanggil rakan dan majikannya," katanya.

Menurutnya, mangsa tidak disamun kerana ketika orang awam menemuinya, dompet berisi wang tunai RM50 dan RM20 ada di dalamnya bersama dokumen lain termasuk MyKad.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ciuman, pelukan terakhir [METROTV]

Sekianlah artikel Ciuman, pelukan terakhir [METROTV] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ciuman, pelukan terakhir [METROTV] dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ciuman-pelukan-terakhir-metrotv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :