China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun

China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun
link : China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun

Baca juga


China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun

CHINA merupakan satu kuasa ekonomi yang digeruni. Jika dilihat pada trend ekonomi terkini, China menunjukkan penambahan ekonomi yang kukuh. China mempunyai pertumbuhan ekonomi purata sebanyak 10 peratus setiap tahun. Ia disebabkan dari reformasi pasaran pada tahun 1978. Reformasi ini yang membuka jalan untuk China berkembang pada hari ini.

Jika dilihat pada masa dahulu, kebanyakan rakyat China pada tahun 1942 menderita kelaparan. Mereka sanggup bergadai keluarga dan nyawa hanya untuk sesuap nasi. Namun realiti pada masa kini, perkara itu telah berubah 100 peratus. Masyarakat China sudah mampu membangunkan bangunan-bangunan pencakar langit di negara mereka.

Pelbagai perkara membuatkan China membangun pada hari ini. China kini lebih memupuk sifat berinovasi bukan sekadar hanya meniru ciptaan negara lain. Mereka meninggalkan perangai lama agar mampu bersaing dengan cabaran global yang semakin mencabar.

Antara penyebab kemajuan China adalah dasar pemerintahan yang dijalankan. Pemerintah China memfokuskan pembangunan ekonomi dan membeikan komitmen sepenuhnya dalam mencapai visi negara maju. Perkara ini bermula hasil pemerintahan secara autokrasi untuk memastikan rakyatnya mampu mengikuti kehendak pemerintah yang bermula dari Revolusionis Deng Xiaoping.

Perkara yang dititikberatkan dalam pembangunan China adalah kebijaksanaan rakyat dan pemerintah dalam berhemat. Mereka mampu bangkit atas dasar mengejar kesederhanaan. China mengamalkan konsep mengumpulkan gaji pekerja di Bank Negara untuk dana pembangunan negara. Jangan terkejut sekiranya 85 peratus dana pembangunan China datangnya dari dana tersebut.

Penekanan China pada sumber ekonomi makro merupakan penyumbang kepada kemajuan China. Mereka sentiasa konsisten untuk menjadikan negara mereka sebagi pusat perdagangan dunia dengan kewujudan zon bebas cukai. Tanpa menunggu lama, China mampu menjadi kuasa besar dalam dunia bisnes.

Tidak lupa juga bahawa pembangunan infrastuktur yang sesuai untuk menjalankan perniagaan menjadi daya penarik pelabur untuk melaburkan duit di sini seterusnya meningkatkan lagi taraf negara China. Maka tidak hairanlah China mampu menjadi hagemoni baru dunia dalam bidang ekonomi. Mereka mampu mewujudkan zon bebas cukai beserta zon perniagaan yang selesa. Mereka juga sanggup memberi peluang kepada pelabur untuk melabur di sana.

Maka, keupayaan China untuk membangun adalah hasil kerjasama bersama pemimpin dalam melihat negara China bersaing di persada dunia. Semuanya adalah hasil daripada penanaman sifat patriotisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah menjadikan perkara ini boleh berlaku.

Oleh: Azib
#laskarmalaya

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun

Sekianlah artikel China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel China: Kuasa Ekonomi Paling Pesat Membangun dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/china-kuasa-ekonomi-paling-pesat_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :