Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi
link : Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Baca juga


Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah bercadang untuk memindahkan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan ke lokasi baharu di Sugud, Penampang, kata Pengarahnya, Augustine  Tuuga.

Beliau berkata pihaknya telah  mengadakan perbincangan dengan pegawai  daerah Penampang berhubung cadangan itu dan keputusan untuk memindahkan taman hidupan liar itu bergantung kepada  kerajaan.

“Sebenarnya cadangan ini kita telah kemukakan sejak dua tahun lepas. Namun banyak  faktor yang kita perlu diambil kira untuk memindahkan Taman Hidupan Liar Lok Kawi ke lokasi berkenaan.

“Selain bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan, kita juga perlu berbincang serta mendapat persetujuan daripada penduduk kampung di sekitar kawasan itu kerana hutan  di kawasan Sugud itu dikelilingi beberapa buah kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan media ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Augustine berkata lokasi cadangan pemindahan di Sugud sangat sesuai berikutan keluasan hutannya iaitu kira-kira 1,618.7 hektar berbanding Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang hanya seluas kira-kira 113.3 hektar.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang menempatkan pelbagai spesies haiwan Borneo telah dibuka kepada umum  sejak 17 Feb 2007.

Taman itu mempunyai pelbagai hidupan liar Borneo dan Malaysia yang boleh dilihat seperti orang utan, monyet bangkatan (proboscis monkey), gajah kecil (pygmy elephant), badak sumatera, beruang madu, burung kenyalang, harimau, kijang dan musang pulut.

Sementara itu, Pegawai Veterinar Taman Hidupan Liar Lok Kawi Dr Rosa Sipangkui berkata pihaknya  membawa media melawat ke taman itu bertujuan memperlihatkan keadaan terkini haiwan di situ, berikutan komen negatif  beberapa pengunjung mengenai taman itu baru-baru ini.

“Pelbagai komen yang kita telah lihat di media sosial, khususnya Facebook mengenai haiwan di taman ini. Contohnya mereka mengatakan gajah di taman ini kecil sedangkan ia adalah saiz normal bagi gajah pygmy.

“Ada juga pengunjung yang menyatakan musang pulut dan binturung di taman ini tidak aktif dan hanya tidur. Namun untuk pengetahuan kedua-dua binatang itu hanya aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang,” katanya.

Dr Rosa berkata untuk memastikan semua haiwan di situ selesa dan sentiasa dalam keadaan baik, pihaknya telah mengambil beberapa  langkah termasuk akan menaik taraf dengan membesarkan kandang haiwan berkenaan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Sekianlah artikel Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/cadangan-pindah-taman-hidupan-liar-lok_13.html

Subscribe to receive free email updates: