Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut!

Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut!
link : Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut!

Baca juga


Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut!

ORANG sedang bahagia, macam-macam pula cerita yang timbul!

Akhirnya pelakon Mia Ahmad akhirnya membuka mulut bagi menjelaskan kisah kononnya dia bersikap cemburu dan sanggup membuat pemeriksaan mengejut atau spot check terhadap suaminya Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mia, 29, berkata, tuduhan tersebut tidak benar dan berunsur fitnah dengan niat menarik pembaca sebuah blog.

“Cerita mengatakan saya spot check suami itu sama sekali tidak betul, mana ada saya spot check suami, mereka manipulasi cerita sebenar.

“Mereka hanya tokok tambah kenyataan saya dalam sebuah berita,” ujarnya .

Mia diminta mengulas laporan sebuah blog hiburan yang mendakwa dia sering membuat ‘kunjungan mengejut’ terhadap suaminya yang menetap di Johor Bahru iaitu penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Blog hiburan itu dikatakan telah memanipulasi berita daripada sebuah akhbar yang menulis bahawa aktres Hati Perempuan itu tinggal berasingan kerana sedang menjalani penggambaran drama.
Bagaimanapun, Mia berkata, dia bersyukur perkara itu tidak sampai menjejaskan hubungannya dengan suami.

“Ia tidak menjejaskan hubungan saya dengan suami kerana Izham tahu saya macam mana, dia tahu saya tidak akan kongsi kisah peribadi dengan orang lebih-lebih lagi jika benda yang tidak pernah terjadi,” katanya.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia kini sudah pulang ke Johor Bahru selepas tamat penggambaran sebuah drama terbitan TV3 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Baru-baru ini sahaja saya berjauhan dengan suami kerana ada penggambaran drama bersiri, suami pula sibuk dengan latihan dan perlawanan bola. Tapi sekarang sudah habis penggambaran, saya sudah balik Johor semula,” ujarnya.

Mia turut memohon agar netizen tidak cepat berkongsi cerita yang tidak betul terutama daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.

Katanya, perkara itu hanya memburukkan keadaan dan membuatkan seseorang menjadi sedih.
“Saya tahu mereka mahu lariskan cerita tapi perlu pastikan ia cerita yang betul. Janganlah tokok tambah cerita kerana perkara itu hanya membuatkan seseorang menjadi murung dan sedih,” ujarnya.

The post Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut! appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut!

Sekianlah artikel Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buat ‘Spot Check’ Suami? Mia Ahmad Buka Mulut! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/buat-spot-check-suami-mia-ahmad-buka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :