Judul : Bomba Perjelas Sebab Tak Pecat Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah Selepas Dimarahi di Facebook
link : Bomba Perjelas Sebab Tak Pecat Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah Selepas Dimarahi di Facebook
Bomba Perjelas Sebab Tak Pecat Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah Selepas Dimarahi di Facebook
Hari ini tular status seorang wanita yang marah kepada anggota bomba tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular di rumahnya.
Menurut kurator akaun Facebook Balai Bomba & Penyelamat Kota Tinggi, anggota bomba akan meminta kebenaran tuan rumah untuk memakai kasut, namun , tiada kompromi dalam pemakaian kasut ketika operasi menangkap haiwan berbisa.
"Pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah salah satu P.P.E (personal protecting equipment) kepada seorang penyelamat. Oleh hal demikian kebiasaanya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.
"Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah. Jika menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa." tulis akaun Facebook tersebut.
Sebelum ini, satu akaun Facebook memuat naik satu kenyataan tidak berpuas hati dengan anggota bomba yang tidak memecat kasut ketika menangkap ular di dalam rumah.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bomba Perjelas Sebab Tak Pecat Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah Selepas Dimarahi di Facebook
Anda sekarang membaca artikel Bomba Perjelas Sebab Tak Pecat Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah Selepas Dimarahi di Facebook dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bomba-perjelas-sebab-tak-pecat-kasut.html