Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi

Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi
link : Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi

Baca juga


Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi

MAHKAMAH Sesyen Khas Rasuah Johor Bahru, hari ini menetapkan perbicaraan kes membabitkan bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi@Nor Sebandi bersama anak lelakinya, Ahmad Fauzan Hatim dan seorang perunding hartanah bermula tiga bulan lagi.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir menetapkan tarikh mula bicara adalah pada 3, 4 dan 5 Oktober serta 4 dan 5 Disember ini.

Perbicaraan itu dilakukan serentak bagi kedua-dua kes dihadapi Abd Latif iaitu membabitkan kes rasuah dan tuduhan aktiviti pengubahan wang haram.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Josiendra Abu Senin memohon tarikh sebutan semula bagi tarikh pengurusan kes yang terakhir sebelum perbicaraan bagi memuktamadkan senarai saksi dan dokumen yang diperlukan.

Sebutan semula kemudian ditetapkan pada 21 Ogos ini.

Pada prosiding semalam, pendakwaan turut dikendalikan TPR SPRM, Khazrin Haffiz Khalil, manakala Abd Latif dan anaknya diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Hasnal Rezua Merican.

Perunding Hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, pula diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork dan Hazza Khalid.

Pada 14 Jun lalu, Abd Latif dan Ahmad Fauzan, 25, serta Amir Shariffuddin menghadapi 21 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram bernilai RM35.7 juta.

Mereka didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Sebelum itu, pada 19 April lalu, Abd Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau dan Amir Shariffuddin mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi

Sekianlah artikel Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bicara kes rasuah bekas Exco Johor 3 bulan lagi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bicara-kes-rasuah-bekas-exco-johor-3.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :