Judul : ‘Biarlah ia berlalu’ kata Indah
link : ‘Biarlah ia berlalu’ kata Indah
‘Biarlah ia berlalu’ kata Indah
PENYANYI Indah Ruhaila yang sebelum ini berteka-teki mengenai status pertunangannya mengesahkan sudah putus tunang sejak awal tahun ini.
Indah, 30, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan dengan bekas tunang bagi menjaga hati kedua belah pihak.
“Saya sudah putus hampir enam bulan. Kalau boleh saya tak nak mengungkit lagi kisah lama. Apa yang berlaku biarlah berlalu. Bukan apa, perkara sebegini terlalu peribadi untuk dikongsi.
“Saya nak menjaga hati banyak pihak. Cukup sekadar orang sekeliling tahu antara kami sudah tidak ada sebarang hubungan. Jangan tanya lagi mengenai perkara itu,” katanya kepada Harian Metro.
Indah yang popular menerusi lagu Percayalah berkata, dia sudah memulangkan cincin dan barangan hantaran lain kepada pihak lelaki.
Pada masa sama, Indah tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih apabila air matanya bergenang ketika ditemubual.
Indah juga menafikan gosip dia menjalin hubungan dengan jurulatih gimnasium sebagai punca putus tunang.
“Cerita yang keluar itu tak betul,” katanya.
Menerusi kenyataan sebelum ini, Indah yang sudah tiga tahun bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr R merancang untuk berkahwin pada Mac lalu.
Indah mengikat tali pertunangan seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia pada 2013.
The post ‘Biarlah ia berlalu’ kata Indah appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel ‘Biarlah ia berlalu’ kata Indah
Anda sekarang membaca artikel ‘Biarlah ia berlalu’ kata Indah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/biarlah-ia-berlalu-kata-indah.html