Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya!

Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya!
link : Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya!

Baca juga


Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya!

PELAKON yang terkenal menerusi drama Cinderella, Haliza Misbun menganggap penyebaran video kononnya dia bercium dengan pelakon yang sedang  meningkat naik, Ben Amir menerusi drama Semusim Rindu adalah  merepek semata-mata.

Ben Amir tercium Haliza Misbun

Ben Amir tercium Haliza Misbun

Haliza berkata, dia tidak faham apa tujuan utama video terbabit disebarkan. Sebagai seorang pelakon yang berpengalaman, dia tidak  memerlukan kontroversi yang kolot seperti itu untuk terus mengekalkan namanya dalam industri hiburan.

“Saya sendiri sudah menempuh pengalaman serupa sewaktu berlakon dalam drama bersiri Cinderella, yang menjadi fenomena pada 1998.

“Jadi, selepas 20 tahun, anda rasa saya perlu berdepan dengan perkara merapu seperti ini?,” ujarnya memetik sebuah portal online.

Haliza menegaskan bahawa scene yang dimaksudkan dalam video berkenaan merupakan satu babak yang membabitkan dia dan Ben melakonkan scene peluk hanya sebagai ibu dan anak. Bukan bercium!

Tambahnya lagi, sekiranya video berkenaan menjadi isu berikutan hanya ingin melariskan drama berkenaan, semua itu adalah sangat cliche dan memualkan.

Minggu lalu, beberapa media menerima e-mel dan lampiran video babak peluk antara kedua pelakon ini yang dikatakan kononnya bercium.

Namun apabila dipertonton secara teliti, tiada sebarang babak yang intim seperti mana yang digembar-gemburkan.

Dalam pada itu, Ben, 27, pula menyifatkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja memperbesarkan perkara itu mungkin disebabkan ingin menambahkan jumlah tontonan di laman YouTube mereka.

“Bagi saya, isu seperti ini adalah biasa bagi seorang selebriti.  Kita memang tidak mampu nak halang orang berbuat begitu. Yang penting, janganlah sampai memfitnah,” kata Ben.

Semusim Rindu merupakan terbitan MIG Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Ejump Zahir. Drama ini diadaptasi dari novel karya Aleya Aneesa.

Semusim Rindu bersiaran 40 episod di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya!

Sekianlah artikel Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ben Amir tercium Haliza Misbun? Ini penjelasannya! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ben-amir-tercium-haliza-misbun-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :