Judul : Bekas kekasih katanya...
link : Bekas kekasih katanya...
Bekas kekasih katanya...
SUSPEK utama dipercayai meletakkan bom buatan sendiri di bawah kereta bekas kekasihnya di Kapar, kelmarin, ditahan polis di rumah di Taman Petaling Indah, Klang, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek, 28, yang juga bekas penuntut kolej swasta dalam bidang elektronik pada 2006 dan pernah bekerja sebagai jurujual di kedai elektrik ditahan dalam serbuan pada 3.30 pagi.
Menurutnya, pemeriksaan polis di kediaman suspek turut menemui beberapa alat elektronik termasuk alatan dan mercun letupan yang disyaki digunakan untuk membuat bahan letupan jenis Improvised Explosive Device (IED).
"Suspek mengaku sebagai bekas kekasih kepada mangsa dan kini mereka berbalah disebabkan soalan kewangan. Polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan motif sebenarnya.
"Reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari mulai hari ini sehingga 13 Julai ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, jururawat wanita berusia 27 tahun berdepan detik cemas selepas bom buatan sendiri ditemui di bawah keretanya.
Kejadian berlaku 10 malam itu ketika mangsa memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa terdengar bunyi 'beep' dalam keretanya sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar untuk meminta bantuan.
Pemeriksaan bapa saudaranya itu menemui objek yang diubahsuai seperti bahan letupan yang dilekat di bumper kereta mangsa.
Polis kemudiannya dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.
Bom jenis IED itu dimusnahkan di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom (TEODOR).
Berita berkaitan:
• Bom dilekat di kereta
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bekas kekasih katanya...
Anda sekarang membaca artikel Bekas kekasih katanya... dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bekas-kekasih-katanya.html