Judul : Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah
link : Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah
Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah
Bekas isteri kedua Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.
BACA: Biasalah Artis Kongsi Gambar Peluk Suami
Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran yang dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, Norshahida mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada. Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes. (rtky/s)
Sumber & Gambar: BERNAMA
- SUMBER
- mstar online
Sumber: Rotikaya
Similar posts
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah
Anda sekarang membaca artikel Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bekas-isteri-kedua-adi-putra-dihadap-ke.html