Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa

Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa
link : Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa

Baca juga


Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan timbalan perdana menteri boleh menghadapi tindakan undang-undang yang serius, termasuk dipenjara kerana kenyataan mereka berhubung keputusan mahkamah rayuan mengenai anak tidak sah taraf.

Bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram berkata, JPN dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dianggap melakukan penghinaan terhadap mahkamah.

“Pendakwa boleh memohon mahkamah untuk menghukum mereka yang menyinggung dan menghina mahkamah. Jika penghinaan itu serius dan disengajakan, hukuman biasanya adalah hukuman penjara,” kata Sri Ram kepada Malaysiakini.

Mahkamah rayuan pada Khamis lalu memutuskan bahawa seorang anak yang dilahirkan di luar nikah boleh dibin atau dibintikan dengan nama bapanya.

Mahkamah juga memutuskan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

JPN bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneruskan penasaban anak tidak sah taraf orang Islam seperti “sedia ada” dan sebarang pindaan terhadap pelaksanaan hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan mahkamah persekutuan diperoleh.

“Penghakiman, dalam kes ini, telah dirayu, tetapi rayuan tidak menyebabkan penangguhan pelaksanaan. Jadi pihak yang menerima perintah itu wajib untuk mematuhinya.

“Kenyataan oleh JPN bahawa ia tidak akan mematuhi perintah mahkamah rayuan bukan sahaja salah kerana kedegilannya tetapi juga menghina mahkamah,” kata Sri Ram.

Zahid, semalam berkata umat Islam mesti bersatu kerana tidak mahu keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan dicabar mana-mana pihak, sama ada dari ‘individu atau sistem perundangan lain’

“Jika pernyataan yang dikaitkan dengan timbalan perdana menteri itu adalah tepat, maka ia juga merupakan penghinaan yang serius terhadap mahkamah,” kata Sri Ram.

Sumber: MK

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa

Sekianlah artikel Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas hakim dedah JPN boleh dipenjara jika ingkar benarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bekas-hakim-dedah-jpn-boleh-dipenjara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :