Judul : Bebas rabies hanya selepas 2 tahun tiada jangkitan - Subramaniam
link : Bebas rabies hanya selepas 2 tahun tiada jangkitan - Subramaniam
Bebas rabies hanya selepas 2 tahun tiada jangkitan - Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya dan agensi berkaitan akan melakukan pemantauan secara kerap dan menyeluruh terutamanya di lokaliti wabak tersebut.
"Sebelum kita boleh isytiharkan kawasan itu bebas wabak rabies, tempoh yang ditetapkan ialah dua tahun tiada kes terhadap manusia mahupun haiwan secara berterusan.
“Namun begitu, pemantauan akan terus dilakukan secara kerap bagi memastikan tiada kes-kes baharu," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.Katanya lagi, sehingga hari ini, tiada jangkitan baharu rabies terhadap manusia dilaporkan di seluruh negara.
Menurut Subramaniam, sejumlah 461 mangsa yang digigit anjing di 20 lokaliti wabak di Sarawak telah menerima vaksin.
Tambah beliau, sebanyak 17,800 ekor anjing telah menerima suntikan vaksin anti-rabies melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar setakat ini.
Dalam pada itu, pihaknya juga menyediakan sebanyak 8,000 vaksin anti-rabies untuk manusia.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bebas rabies hanya selepas 2 tahun tiada jangkitan - Subramaniam
Anda sekarang membaca artikel Bebas rabies hanya selepas 2 tahun tiada jangkitan - Subramaniam dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bebas-rabies-hanya-selepas-2-tahun.html