Judul : Baru sejam dibawa pulang, Ferrari musnah terbakar dalam kemalangan
link : Baru sejam dibawa pulang, Ferrari musnah terbakar dalam kemalangan
Baru sejam dibawa pulang, Ferrari musnah terbakar dalam kemalangan
Pastinya kegembiraan dan kebanggaan itu mahu dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Tetapi jika sudah tertulis bukan rezeki, makanan yang sudah berada di dalam mulut pun tidak akan sampai ke dalam perut.
Mungkin itu nasib yang menimpa seorang pemilik kereta Ferrari 430 Scuderia, yang baru sejam memiliki kereta mewah berkenaan.Hasrat untuk membawa keluarga dan rakan-rakan meronda dengan kereta itu tidak kesampaian apabila ia musnah terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan.
Dalam kemaskini status di akaun Facebook, Jabatan Polis Sheffield, United Kingdom, berkongsi kisah malang yang menimpa pemilik kereta itu apabila kenderaan itu terbabas di satu persimpangan.
Tanpa mendedahkan identiti pemilik kereta itu, status berkenaan turut menjelaskan kemalangan berlaku dalam keadaan jalan licin, namun menyatakan kereta tersebut tidak dipandu laju.
Biarpun keretanya musnah, pemandunya masih bernasib baik kerana hanya mengalami luka-luka kecil.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Baru sejam dibawa pulang, Ferrari musnah terbakar dalam kemalangan
Sekianlah artikel Baru sejam dibawa pulang, Ferrari musnah terbakar dalam kemalangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baru sejam dibawa pulang, Ferrari musnah terbakar dalam kemalangan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/baru-sejam-dibawa-pulang-ferrari-musnah.html