Judul : Bahang Emirates
link : Bahang Emirates
Bahang Emirates
London: Alexandre Lacazette akan membuat penampilan pertamanya di depan penyokong Arsenal minggu ini ketika Gunners mengadakan persiapan pramusim dengan Piala Emirates.
Arsene Wenger berbelanja besar sebanyak £52 juta (RM291.4 juta) untuk membeli Lacazette dari Lyon bulan ini dan penyerang Perancis itu bakal merasai bahang Stadium Emirates buat kali pertama apabila Arsenal berdepan Benfica hari ini.
Ketika kempen Liga Perdana Arsenal akan bermula dengan berdepan Leicester pada 11 Ogos, selepas pertembungan Perisai Komuniti menentang Chelsea minggu depan, Lacazette berpeluang untuk mempamer kebolehannya di pertandingan persahabatan membabitkan empat pasukan itu.
Selain mahu membuktikan bahawa kebolehannya setanding dengan yuran perpindahan, penampilan Lacazette di Emirates akan turut memberikan kesempatan buatnya yang masih lagi mengagumi rekod tanpa kalah Arsenal ketika bergelar juara Liga Perdana pada musim 2003-04.
Untuk menyamai kejayaan Arsenal pada musim terbabit dengan tanpa sebarang kekalahan hasil bantuan bintang Perancis, Thierry Henry, Patrick Vieira dan Robert Pires mungkin satu impian yang terlalu tinggi buat pemain itu namun Lacazette yakin dia mampu mencetus impak yang tidak kurang hebatnya pada penampilan pertamanya bersama Gunners.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bahang Emirates
Anda sekarang membaca artikel Bahang Emirates dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/bahang-emirates.html