Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik

Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik
link : Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik

Baca juga


Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik

SYARIKAT kenderaan terkenal dari Jerman, Audi hari ini memohon maaf di atas ketikperihatinan mereka dalam menyiarkan iklan berbaur sensitif seakan merendahkan golongan wanita.

Menjelaskan perkara itu kepada pemberita, Audi berkata pihaknya tidak berniat mahu menyinggung mana-mana pihak.

“Kami meminta maaf kerana sebahagian pengguna tersinggung dengan video berkenaan dan ia bukanlah tujuan kami walau apa jua sekalipun.

“Iklan tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat kereta terpakai dengan usaha sama sebuah lagi syarikat di bawah pengelolaan kami,” kata seorang jurucakap Audi kepada portal USA Today.

Iklan berdurasi 34 saat itu menceritakan bagaimana pasangan pengantin baru yang berada di sebuah majlis perkahwinan sedang bersiap sedia untuk melafazkan perjanjian sehidup semati dengan seorang paderi.

Bagaimanapun, ibu kepada pengantin lelaki terbabit terus meluru ke hadapan bagi melakukan ‘pemeriksaan terakhir’ bakal anak iparnya itu, lalu dibeleknya setiap wajah dan tubuh wanita terbabit.

Si ibu itu pada mulanya seakan berpuas hati dengan fizikal bakal menantunya itu sehinggalah terperasan di bahagian dada pengantin yang kelihatan agak ‘rata’.

Iklan itu kemudian terus memaparkan sebuah kereta Audi model A3 yang melintas laju dengan bersuara latarkan; “keputusan yang penting perlu dilakukan dengan teliti.” sebelum berakhir.

Sehingga kini, iklan itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya di laman sosial China ekoran beranggapan golongan wanita tempatan adalah kurang ‘menarik’ berbanding wanita dari luar negara.

Tidak kurang juga menyelar hebat tindakan syarikat antarabangsa itu ekoran membiarkan video iklan melepasi tapisan penyiaran di China. -MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik

Sekianlah artikel Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/audi-mohon-maaf-siar-iklan-wanita-asia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :