Judul : APMM Tahan 40 Nelayan Vietnam Di Kelantan
link : APMM Tahan 40 Nelayan Vietnam Di Kelantan
APMM Tahan 40 Nelayan Vietnam Di Kelantan
PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 40 nelayan Vietnam selepas didapati menangkap ikan tanpa permit sah dan menyamar sebagai nelayan tempatan di perairan negara, semalam.
Pengarahnya Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kesemua nelayan berkenaan berusia antara di 14 hingga 55 tahun itu ditangkap di 85 dan 97 batu nautika dari Pantai Tok Bali di antara 11.40 pagi dan 1.35 tengah hari semalam.
“APMM turut merampas dua bot yang dinaiki mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Tok Bali di sini, hari ini.
Beliau berkata kedua-dua bot berkenaan menggunakan pendaftaran bot nelayan tempatan iaitu KNF7833 dan KNF7343 untuk mengelak dikesan pihak penguatkuasa.
Bot berkenaan dengan tangkapan bernilai RM70,000 ditunda oleh Kapal KM Jujur ke pelabuhan APMM Tok Bali hari ini untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel APMM Tahan 40 Nelayan Vietnam Di Kelantan
Anda sekarang membaca artikel APMM Tahan 40 Nelayan Vietnam Di Kelantan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/apmm-tahan-40-nelayan-vietnam-di_21.html