Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan

Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan
link : Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan

Baca juga


Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan

SETIAP anak yang dilahirkan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai pemberian-Nya. Anak yang soleh atau solehah adalah anak yang berbakti serta mentaati kedua ibubapa dan ajaran Islam.

Didalam Al-Quran, ayat an-Nisa juga ditegaskan pada ayat 36, yang mmebawa maksud:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)”

Sebuah kisah perkongsian oleh Ezzan Suraiya di Facebook yang mana seorang bapa yang telah ditinggalkan oleh anaknya di tepi jalan kerana ‘permintaan’ si bapa untuk berbuat demikian. Logik ke seorang anak tinggalkan ayahnya sendiri di tengah panas terik?

Kejadian yang berlaku di sekitar kawasan Kolej Lim Kok Wing pada jam 9 pagi semalam. Pada mulanya Ezzan ingin mengambil anaknya di sekolah dan secara tidak sengaja dia terlihat ‘drama’ sebuah kereta proton Alza berwarna putih menggunakan brek mengejut dan kelihatan seorang pakcik tua berkopiah dan membawa beg silang turun dari kereta tersebut.

Gila ke apa turunkan orang tua tu dekat tengah panas macam tu? Tengah jalan macam tu mana ada pondok bas atau tempat berteduh…

Sebabkan rasa prihatan, Ezzan berhentikan kereta dan mendekati orang tua tersebut

“Kenapa pak cik turunkan tengah jalan ni, sini tak ada bas lalu, bas stop depan Lim Kok Wing sana,”

Dia cakap “Anak pak cik turunkan pak cik, awak hantar pak cik balik boleh, Bandar Mahkota Cheras.”

Bayangkan lah waktu pakcik tu turun kereta tadi, kereta yang lalu lalang laju, tiba-tiba pakcik tu kena langgar, dah jadi satu masalah. Sudahlah dekat situ kawasan bukit, jadi kereta memang pecut nak naik bukit.

Tak lama selepas itu, kereta Alza yang pakcik tadi naik dah pun tunggu Ezzan dekat bawah bukit. Sampai sahaja di belakang kereta Alza tu, beberapa orang perempuan sedang menungu di dalam kereta tersebut.

“Ayah saya ni ego, degil, tak nak dengar cakap orang lain, dia kata dia boleh balik sendiri. Biarkan dia tengah jalan tadi, ego sangat.”- kata si anak

“Eh ko ni, tudung je labuh, tapi buat ayah sendiri macam tu, kau tau tak berdosa, kau tak tahu bila ayah ko dah takde. “Ko ni tak fikir kalau tadi aku tengah tekan mintak naik bukit langgar bapak ko, ko dah menyusahkan aku, tak pasal-pasal je, ko ni memang la, ko esok bapak ko mati ko tahu la.”-balas Ezzan

Mungkin sebab rasa malu, si anaknya tu tadi terus ke kereta Ezzan untuk mengambil ayahnya tapi tak boleh sebab kereta berkunci dari dalam.

“Tolong bukakan pintu ni, pak cik nak tampar dia ni.”- pinta si ayah

Katanya punca mereka anak beranak bergaduh sebabkan kunci rumah. Mungkin ada salah faham antara mereka yang tidka mahu diceritakan.

Lepas sudah puas bergaduh, pakcik tua itu pun bersetuju untuk ikut anaknya balik. Masuk saja pakcik tu dalam kereta anaknya, terus ayahnya dimarah dengan anak-anak sampai ditunjuk tunjuk jari ke muka ayahnya tu.

Teruknya perangai anak amacam ni. Salah macam mana pun ayah tu, dia tetap ayah awak. Kalau dia tak ada, awak pun takkan wujud. Biasalah ego orang tua, tapi jangan kejam sangat buat ayam macam tu wahai anak…

Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain supaya lebih menghormati ibu bapa kita. Jangan derhaka kepada mereka. Syukurlah masih ada ayah. Jangan menyesal menangis tak sudah bila orang tua tu dah tak ada nanti.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan

Sekianlah artikel Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Derhaka, Tinggal Bapa Tepi Jalan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/anak-derhaka-tinggal-bapa-tepi-jalan_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :