AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN

AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN
link : AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN

Baca juga


AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN

KETUA Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL), Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain. – Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Jangan percaya jika dihubungi individu tertentu konon anda terbabit dengan kemalangan dan diminta memasukkan wang ke akaun konon untuk menyelesaikan kes.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) tidak pernah berbuat demikian, kata Ketuanya, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Katanya, pihaknya menerima aduan berkaitan panggilan telefon menggunakan nombor 03-20719999, mendakwa dari JSPTKL meminta penerima panggilan datang ke JSPTKL kerana telah terbabit dalam kemalangan.

“Kemudian pemanggil akan mengarahkan penerima panggilan berkenaan untuk memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes kemalangan mereka.

“JSPTKL tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk diselesaikan berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atas permohonan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan.

Bayaran dokumen itu pula, dikeluarkan resit rasmi kerajaan.

Nadzri berkata, jika orang awam terbabit dalam kemalangan dan membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, panggilan hanya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat sekiranya pihak kedua tidak tampil membuat laporan kemalangan selepas tempoh 24 jam.

“Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi JSPTKL sekiranya menerima panggilan telefon dari individu yang menyamar sebagai Pegawai Polis Trafik dari nombor 03-20719999.

“Dapatkan juga nama dan nombor badan pegawai polis yang membuat panggilan dan nombor laporan kemalangan yang terbabit, kemudian sahkan semula dengan JSPTKL.

“Jangan sesekali memasukkan atau memberi wang untuk membuat sebarang pembayaran berhubung kes kemalangan trafik,” katanya.

Beliau turut meminta orang awam tampil membuat laporan jika ada menerima panggilan palsu berkenaan.

sumber: bharian


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN

Sekianlah artikel AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMARAN DARI PDRM! Hati-hati panggilan dari 03-20719999 Sebab……MOHON SEBARKAN dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/amaran-dari-pdrm-hati-hati-panggilan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :