Judul : Amar Mahu Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak
link : Amar Mahu Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak
Amar Mahu Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak
Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Amar Baharin merancang mahu membuka akaun media sosial untuk cahaya mata sulungnya yang dijangka lahir pada penghujung Oktober nanti.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 32 tahun itu berkata, dia tiada masalah dengan hal itu memandangkan ramai selebriti berbuat demikian malah penting baginya untuk berkongsi dengan peminat.
“Saya dan isteri sepakat untuk buka akaun media sosial untuk anak kami nanti. Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ia penting kerana boleh dijadikan kenangan.
“Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsi itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang.
“Tak salah kan?” katanya suami kepada pelakon Amyra Rosli ini.
Dalam pada itu Amar berkata doktor belum dapat mengesahkan jantina anaknya meskipun sudah beberapa kali melakukan imbasan.
Tidak kisah anak lelaki atau perempuan, namun yang penting kata Amar, dia dan Amira berdoa agar dikurniakan bayi yang sihat.
The post Amar Mahu Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Amar Mahu Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak
Anda sekarang membaca artikel Amar Mahu Buka Akaun Media Sosial Untuk Anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/amar-mahu-buka-akaun-media-sosial-untuk.html