Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri

Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri
link : Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri

Baca juga


Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri

Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri

Aliff Aziz dan Isteri, Bella. (Pic: Instagram @aliffaziz

Pernah mencetuskan beberapa siri kontroversi sebelum berkahwin, Aliff Aziz sekali lagi mengejutkan ramai apabila beritanya di tahan polis pula terjadi.

Bagaimanapun insiden kali ini terjadi selepas dia bergelar suami. Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan anak lelaki

Artis tinggi lampai itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Difahamkan, Isterinya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff, 26, sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian seperti muka dan lutut.

Terdahulu, Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya ke pusat hiburan berkenaan selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Jurucakap polis memaklumkan, Bella yang mula tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

Berlaku beberapa adegan apabila Alif dikatakan bertindak kasar hingga berlaku pergelutan kerana ingin merampas telefon bimbit isterinya.

Alif dikatakan berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit isterinya.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu berlaku.

Aliff dan Bella bernikah September tahun lalu.

Mereka menimang cahaya mata sulung lelaki, Mohamad Ayden Julai lalu.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri

Sekianlah artikel Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/aliff-aziz-didakwa-pukul-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :