Judul : aki tumbang ketika bermain badminton, meninggal dunia
link : aki tumbang ketika bermain badminton, meninggal dunia
aki tumbang ketika bermain badminton, meninggal dunia
JAKARTA, INDONESIA – Baru-baru ini, viral video seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika sedang bermain badminton dengan rakan-rakannya.
Dalam kejadian jam 7.05 pagi Khamis lalu di Gelanggang Olahraga Sunter, mangsa, Herman, 40-an, tumbang ketika baru nak memulakan servis pada set kedua.
Terkejut melihat keadaan Herman, rakan-rakannya segera datang dan cuba mengejutkannya. Namun tiada sebarang tindak balas yang diberikan.
Menurut Cian Bun Ng, individu yang memuat naik video itu berkata, Herman yang biasa datang bermain badminton pada hari Selasa jam 6 hingga 8 pagi di gelanggang itu, dilaporkan telah meninggal dunia ketika di Rumah Sakit Mitra Kemayoran. Dan difahamkan kematian mangsa berpunca dari jantung.
Difahamkan sebelum permainan itu bermula, Herma ada mengadu badannya rasa tidak sihat. Namun berkeras mahu teruskan permainan. itu bersama rakan-rakannya.
Pada awal set pertama, Herman bermain seperti biasa sehinggalah set kedua, Herman tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Justeru, Cian menasihatkan orang ramai agar bila bermain badminton dan tiba-tiba terasa tak sedap badan, penat atau lelah, berhenti seketika dan jangan diteruskan lagi kerana bimbang kejadian seumpama ini berlaku.
Sumber : thereporter
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel aki tumbang ketika bermain badminton, meninggal dunia
Anda sekarang membaca artikel aki tumbang ketika bermain badminton, meninggal dunia dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/aki-tumbang-ketika-bermain-badminton.html