Judul : Akhirnya, Beyonce ‘Tayang’ Anak Kembar Di IG
link : Akhirnya, Beyonce ‘Tayang’ Anak Kembar Di IG
Akhirnya, Beyonce ‘Tayang’ Anak Kembar Di IG
SELEPAS beberapa ‘menghilang’, penyanyi superstar Beyonce akhirnya berkongsi gambar anak kembarnya di dalam Instagram.
Gambar itu sememangnya dinanti-nantikan oleh jutaan peminatnya di seluruh dunia yang sudah lama tidak sabar melihat wajah bayi kembar penyanyi kegemaran mereka itu.
Menurut kapsyen yang dimuat naik, anak kembarnya itu hari ini telah berusia sebulan.
“Rumi Carter dan Sir Carter hari ini berusia satu bulan,” tulisnya.
Rata-rata peminat yang melihat gambar tersebut memuji kecomelan Rumi Carter dan Sir Carter.
Ada juga antara pengikut Instagram Beyonce mengatakan bahawa mereka mahu penyanyi itu memuat naik lebih banyak lagi foto Rumi dan Sir Carte.
Beyonce dan suami, Jay Z telah berkahwin pada 2008 dan kini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Blue Ivy.
Bayi kembar itu dilahirkan 17 Jun lalu di Los Angeles.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Akhirnya, Beyonce ‘Tayang’ Anak Kembar Di IG
Anda sekarang membaca artikel Akhirnya, Beyonce ‘Tayang’ Anak Kembar Di IG dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/akhirnya-beyonce-tayang-anak-kembar-di_14.html