Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan
link : Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Baca juga


Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Loading...

TIPS KESIHATAN

Kasih sayang antara keluarga sukar diputuskan.

Itulah yang berlaku buat sebuah keluarga daripada Hubei, China, apabila anak kecil mereka berusia tiga tahun, disahkan menghidap penyakit leukimia.

Ma, 19 tahun, merupakan abang kepada anak kecil tersebut, sanggup berkorban pelbagai cara bagi merawat penyakit adiknya.

Menurut World of Buzz, Ma baru sahaja selesai peperiksaan akhir di sekolah dan telah memperolehi markah yang tinggi iaitu sebanyak 456 markah.

Di sebalik pelbagai kekangan, Ma tetap dengan impiannya untuk menjadi seorang doktor dan telah belajar bersungguh-sunguh.

Hal ini demikian, beliau sendiri ingin merawat adiknya.

Menurut Ma, itu sahaja cara terbaik bagi membantu adiknya kerana keluarga mereka tidak mampu menanggung kos perubatan yang amat tinggi.

“Saya mesti menyambung pelajaran di kolej perubatan, dengan itu sahaja saya akan dapat peluang menyembuhkan penyakit adik saya,” katanya seperti yang dipetik olehWorld of Buzz.

Abang yang mempunyai azam yang kuat ini juga tidak menunggu lama untuk bekerja bagi mengumpul dana kos rawatan untuk adiknya.

Sehari selepas tamat peperiksaan, dia bekerja sebagai buruh binaan berdekatan dengan rumahnya. Upah yang diberikan adalah sebanyak RM 60 sehari.

Wang tersebut dikumpulkan supaya dapat membawa adiknya ke hospital.

Ibu bapanya juga bekerja bagi menampung keluarga. Nenek Ma, berusia 80 tahun tinggal di rumah bagi menjaga adiknya.

Segala kudrat dan kasih sayang dicurahkan buat adiknya. Walaupun terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, perkara itu tidak menghalang Ma untuk mencari jalan alternatif merawat penyakit adiknya.

Ma tidak kekok melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat bata, menyodok pasir, dan pelbagai tugas lain sebagai buruh binaan.

Mujur, kisahnya tular di seluruh China dan masyarakat tempatan memberi bantuan secepat mungkin.

Dalam masa 24 jam, sebanyak 600,000 Yuan atau RM 380,110 wang berjaya dikumpulkan bagi merawat penyakit adik Ma.

Jumlah itu sememangnya mencukupi bagi melakukan pembedahan pemindahan tulang sum sum adiknya.

Apabila menerima berita baik itu, Ma tidak mampu berkata apa-apa dan menangis kegembiraan.

Dia hanya mampu mengungkapkan, “Akhirnya, adik saya akan diselamatkan.”

Semoga adik Ma berjaya menjalani pembedahan tersebut dan boleh hidup dengan ceria seperti kanak-kanak lain.

Kepada Ma, teruskan impian anda sebagai doktor bagi membantu lebih ramai pesakit dan kini, pengorbanan anda merupakan inspirasi seluruh dunia.

Kongsikan Artikel Ini!!

shares


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan

Sekianlah artikel Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik menghidap leukimia, abang sanggup belajar bersungguh-sungguh dan bekerja sebagai buruh binaan untuk kumpul kos perubatan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/adik-menghidap-leukimia-abang-sanggup.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :