Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah

Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah
link : Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah

Baca juga


Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah

Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandangan keputusan mahkamah rayuan dapat menutup keaiban, memberi peluang insan bertaubat, tidak menghukum anak yang tidak bersalah. (Gambar: Ismaweb)

Pada 27 Julai lalu, Mahkamah Rayuan membuat ketetapan yang cukup memeranjatkan apabila menetapkan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah layak di sisi undang-undang meletakan nama bapa pasangan itu.

Keputusan itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya. 

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

PENGHAKIMAN KONTROVERSI? 

Keputusan Mahkamah Rayuan itu dilanda kontroversi serta menimbulkan polemik hebat dalam kalangan rakyat Malaysia terutama beragama Islam. 

Ia ekoran Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia sudah lama memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
  2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

TOKOH AGAMA BERCANGGAH PENDAPAT 

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria nyata terkejut dengan perkembangan tersebut sambil menyatakan hukum Islam tetap hukum Islam yang wajib dipatuhi seluruh umat Islam sekali pun undang-undang menolaknya. 

“Apa yang mahkamah putuskan? Kenapa bertentangan dengan Perlembagaan? Dalam Fatwa pun dah tetapkan, kenapa mahkamah tak ikut peraturan fatwa?,” katanya.

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) turut membantah keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan anak luar nikah di 'bin’ atau 'binti' kepada bapa penzina.

Presidennya, Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, keputusan itu mencemarkan imej negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri serta menggalakkan zina. 

Menurutnya, keputusan Mahkamah Rayuan itu dibuat secara 'simplistik' dan tanpa penelitian menyeluruh dengan memilih untuk mentafsirkan istilah nama keluarga atau 'surname' dalam seksyen 13A(2) sebagai bersamaan dengan konsep ‘bin’ dan ‘binti’ dalam kalangan orang Islam.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam turut membantah cadangan tersebut. Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan itu disokong secara terbuka oleh Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin. 

Jelasnya, keputusan mahkamah rayuan itu dapat menutup keaiban, memberi peluang insan bertaubat, tidak menghukum anak yang tidak bersalah dan ke arah menghindarkan mentaliti ‘islam agama hukuman’.

“Islam merupakan rahmat untuk sekalian alam," katanya. 

KOMEN JABATAN PEGUAM NEGARA

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang membenarkan anak luar nikah orang Islam menggunakan nama bapanya sebelum membuat keputusan sama ada membenarkan permohonan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan. 

Ketua Bahagian Sivil di Jabatan Peguam Negara, Datuk Amarjeet Singh berkata, Mohamed Apandi perlu mendapatkan input daripada pelbagai pihak sebelum memutuskan mengenai permohonan mengemukakan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Walau apapun keputusan yang bakal ditetapkan berhubung isu tersebut, polemik tersebut tidak wajar dibiarkan berpanjangan. Ia bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai terutama umat Islam, malah dikhuatiri boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 
 


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah

Sekianlah artikel Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Sokong, Ada Tidak Menyokong Isu Anak Luar Nikah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ada-sokong-ada-tidak-menyokong-isu-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :