Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid

Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid
link : Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid

Baca juga


Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid

BATU PAHAT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan ada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara terutama dalam menangani ancaman keganasan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata selain itu, cadangan untuk mewujudkan semula Jabatan Antikeganasan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilihat boleh memperkukuhkan dan memperbesarkan keanggotaan dalam unit keganasan itu dalam usaha menangani ancaman itu.

"Saya tidak menolak, tidak mengesahkan dan tidak mahu menafikan analisis yang dibuat melalui akhbar (berbahasa Inggeris) mengenai keperluan mewujudkan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kerana sebagai Menteri KDN (Kementerian dalam Negeri) yang mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya PDRM, pengumuman hanya akan dibuat selepas mesyuarat (sama ada) mengesah atau menolak cadangan berkenaan."

"Walau bagaimanapun, memang terdapat keperluan untuk mewujudkan jawatan seorang lagi Timbalan Ketua Polis Negara dan mewujudkan semula Jabatan Antikeganasan kerana kita tahu ancaman keganasan bukan semakin berleluasa di rantau ini tetapi kita harus tahu PDRM perlu memperkukuhkan dan memperbesarkan lagi keanggotaan dalam unit keganasan ini dengan meningkatkan kepada taraf sebuah lagi jabatan dalam PDRM di Bukit Aman," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini hari ini.

Mengenai calon yang akan dilantik bagi Timbalan Ketua Polis Negara yang kedua, katanya, pengesahan hanya akan dibuat setelah diluluskan oleh Suruhanjaya PDRM selain mendapat perkenan dari Yang Di-Pertuan Agong dan atas nasihat Perdana Menteri.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris tentang PDRM yang sedang melalui rombakan besar dan bakal melihat satu lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan naik taraf Unit Antikeganasan kepada taraf jabatan.

Buat masa ini, unit berkenaan hanya mempunyai 200 anggota.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid

Sekianlah artikel Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada keperluan untuk wujudkan satu lagi jawatan Timbalan KPN - TPM Zahid dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/ada-keperluan-untuk-wujudkan-satu-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :