Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan

Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan
link : Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan

Baca juga


Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Impian “The Pocket Rocket Man” – juara lumba basikal dunia acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang untuk meraih  emas acara itu pada Sukan Asia 2018  mungkin berkecai apabila penganjur temasya dilaporkan mahu menggugurkan acara berkenaan.

Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata ia juga boleh menjejaskan peluang  pemenang pingat emas Kejohanan Dunia di Hong Kong itu untuk  menambah kutipan mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) telah menzahirkan kekecewaan mereka dan telah menghantar surat kepada Presiden Majlis Olimpik Asia Syeikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah untuk membantah keputusan tersebut,” katanya.

Dalam satu surat bertarikh 19 Julai, Setiausaha Agung ACC Ongkar Singh  mendedahkan bahawa pihak jawatankuasa penganjur Sukan Asia 2018  mahu menggugurkan tiga acara berbasikal Sukan Olimpik iaitu keirin, pecut berpasukan dan pecut bagi lelaki dan wanita .

“ACC memandang serius dan amat prihatin tentang tindakan Indonesia untuk tidak menyenaraikan tiga acara trek yang sangat popular seantero dunia khususnya Sukan Olimpik. Ini kerana ramai pelumba Asia telahpun berjaya meraih pingat dalam acara keirin di Sukan Olimpik,” katanya.

Sukan Asia 2018 dijadualkan berlangsung di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 Sept 2018. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan

Sekianlah artikel Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Acara Trek Lumba Basikal Sukan Asia 2018 Mungkin Dibatalkan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/acara-trek-lumba-basikal-sukan-asia_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :