Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’

Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’
link : Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’

Baca juga


Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’

Penangkap ular terkenal Abu Zarin Hussin 31, mendakwa mengalami perasaan cemas yang luar biasa ketika menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lebih lima meter di sebuah ladang kelapa sawit di Lanchang, di sini kelmarin.

Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’

Abu Zarin yang mempunyai banyak pengalaman menangkap pelbagai spesies ular khususnya tedung berkata, ular yang ditangkap di Felda Lakum Rabu lalu mempunyai khadam atau penjaganya.

Menurutnya, ular tedung selar itu berada dalam keadaan lemah dan seperti menyerah diri kepadanya semasa ditangkap dan langsung tidak agresif.

“Walaupun nampak mudah ditangkap tetapi semasa melihat keadaannya dan persekitaran tempatnya ditemui memang saya akui ada rasa gementar dan tahu ia ada penunggu.

“Masa nak tangkap itu saya sudah rasa lain macam, ular tidak agresif seperti ular-ular lain yang pernah saya tangkap,” katanya.

Abu Zarin yang bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat Bukit Angin di sini berkata, seorang penduduk tempatan yang bersamanya ketika dia menangkap ular itu, demam tiga hari dan mukanya panas.

Menurutnya, ular tedung selar itu dipercayai berusia lebih 10 tahun namun mempunyai badi sehinggakan dia sendiri berasakan sesuatu yang di luar kebiasaan semasa menangkapnya.

Katanya, kekuatan pada ular itu secara fizikalnya seperti sudah tiada tetapi ia masih mempunyai semangat, hinggakan beliau sendiri yang sudah berpengalaman berasa amat gementar semasa menangkapnya.

“Kalau tengok video yang diambil semasa saya menangkap ular ini memang nampak sangat mudah tidak seperti ular lain, tetapi sebenarnya saya dapat rasakan perkara pelik dan saya rasa sangat gementar.

“Mungkin ular ini mahu saya menjaganya. Dalam perjalanan pulang ke balai saya singgah di Klinik Veterinar Kaseh Vet di bandar Temerloh dan doktor memberikan suntikan menambah selera makan ular ini.

“Kalau diikutkan saiz panjangnya memang jarang kita dapat menangkap ular tedung selar sepanjang lebih lima meter ini,” katanya.

Abu Zarin berkata, ia ular kedua yang dipercayai mempunyai badi selepas kali pertama dia menangkap ular spesies sama di Muadzam Shah.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’

Sekianlah artikel Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abu Zarin terkena badi ular ada ‘penjaga’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/abu-zarin-terkena-badi-ular-ada-penjaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :