Judul : 5,000 Peserta Sokong Kempen Hentikan Eksploitasi Seksual
link : 5,000 Peserta Sokong Kempen Hentikan Eksploitasi Seksual
5,000 Peserta Sokong Kempen Hentikan Eksploitasi Seksual
KUALA LUMPUR – Hampir 5,000 warga kota bersama-sama menyertai program ‘Rock Solid Pink Walk and Run’ bagi menyatakan sokongan terhadap kempen Hentikan Eksploitasi Seksual Terhadap Kanak-Kanak, anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, di sini pagi ini.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata penganjuran program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat dalam mencegah isu keganasan seksual terhadap kanak-kanak yang dilihat serius ketika ini.
“Statistik tahun 2010 hingga Mei 2017, hampir 23, 000 kanak-kanak pernah mengalami keganasan seksual termasuk cabul dan rogol dan oleh itu kita perlu bersama tangani isu ini dengan segera seperti mengadakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang dapat menimbulkan kesedaran orang ramai.
Kita tidak mahu meletakkan tugas membantu mangsa ini kepada ibu bapa dan guru semata-semata sedangkan pihak komuniti juga perlu melibatkan diri dalam memerangi gejala jenayah ini kerana ramai mangsa kanak-kanak takut untuk suarakan masalah mereka…kanak-kanak siapa yang mahu percaya cakap mereka.
Melalui acara ini, setiap peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan di setiap pusat pemeriksaan berkenaan isu ini contohnya sekiranya anak mereka (peserta) dicabul, apa tindakan yang perlu diambil selain turut diberikan penerangan ringkas mengenai isu ini,” katanya kepada pemberita selepas program itu di sini hari ini.
Mas Ermieyati berkata penglibatan para peserta daripada pelbagai peringkat umur, agama dan bangsa dalam program ini menunjukkan betapa masyarakat kini bimbang dan risau terhadap situasi yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia.
Katanya, menerusi acara itu, dana berjumlah RM30,000 berjaya dikumpul dan akan disumbangkan kepada badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan wanita antaranya Pertubuhan Pelindung dan Penyelamat Kanak-kanak Selangor dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, Timbalan Wakil Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu di Malaysia (UNICEF) Dr Amjad Rabi berkata setiap individu perlu mempunyai pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan dan cara mengendalikan situasi jenayah berkenaan.
“Malaysia telah melaksanakan kerja yang hebat dari segi meluluskan Rang Undang-undang (Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017) dan media juga memainkan peranannya dalam menyebarkan kesedaran namun penglibatan masyarakat bagi mencegah jenayah adalah paling penting.
“Ibu bapa juga perlu mendengar dan percaya kepada anak-anak mereka dan sentiasa memberitahu mereka bahawa anda menyayangi mereka agar lebih mudah bagi mereka untuk menyuarakan sesuatu jika mereka mengalami suatu perkara yang tidak baik,” katanya.
Acara tersebut yang melibatkan dua kategori terbuka iaitu larian sejauh 10 kilometer dan jalan kaki dua kilometer di Padang Merbok, menawarkan hadiah keseluruhan RM10, 600 dan cabutan bertuah termasuk pakej pelancongan ke Lombok, Indonesia. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 5,000 Peserta Sokong Kempen Hentikan Eksploitasi Seksual
Anda sekarang membaca artikel 5,000 Peserta Sokong Kempen Hentikan Eksploitasi Seksual dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/5000-peserta-sokong-kempen-hentikan_30.html