Judul : 5 Kaedah Mudah Untuk Mengesan Tahi Lalat Yang Mungkin Boleh Berubah Menjadi Kanser
link : 5 Kaedah Mudah Untuk Mengesan Tahi Lalat Yang Mungkin Boleh Berubah Menjadi Kanser
5 Kaedah Mudah Untuk Mengesan Tahi Lalat Yang Mungkin Boleh Berubah Menjadi Kanser
Baru-baru ini, banyak artikel yang mengeluarkan beberapa kenyataan serta fakta mengenai bahaya kanser kulit.
Justeru, semakin ramai yang mula mengambil berat akan isu ini di samping melakukan pelbagai usaha bagi menjamin kesihatan mereka.
20 tahun lalu, masyarakat tidak begitu mengendahkan bahaya akibat berjemur di bawah cahaya matahari walaupun pendedahan mengenainya telah dilakukan. Tetapi kini, segalanya sudah berubah.
Setelah pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan, semakin ramai masyarakat mula menggunakan produk pelindung cahaya matahari dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti simptom-simptom yang mungkin berbahaya.
Tahi lalat atau bintik pada kulit juga sering dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan. Menurut pakar kesihatan, kanser kulit merupakan jenis kanser yang biasa di Amerika dengan hampir 5 juta pesakit dirawat setiap tahun.
Malah, terdapat juga kes-kes lain selain kanser kulit seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan lain-lain. Satu daripada lima rakyat Amerika akan menghidap kanser kulit pada satu tahap dalam hidup mereka. Justeru, mengetahui tanda-tanda kanser kulit adalah satu perkara yang penting.
Jadi, jika anda merasakan terdapat bitnik pada badan anda, segeralah berjumpa dengan pakar bagi mengesahkan sama ada ia adalah tahi lalat atau punca kanser.
Anda juga digalakkan untuk sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas tahi lalat anda dan melihat sama ada berlaku perubahan padanya. Cara terbaik untuk mengetahui jika tahi lalat itu akan berubah menjadi kanser yang berbahaya, ikuti panduan ABCDE seperti di dalam gambar.
A Asymmetry
Tahi lalat normal mempunyai bentuk yang sama. Lihat jika tahi lalat anda mempunyai bentuk simetri atau kelihatan seperti tompokan.
B Border
Adakah tahi lalat anda mempunyai garis sempadan yang sama dan berwarna gelap? Tahi lalat yang sihat mempunyai sempadan yang sama dan bulat.
C Color
Adakah warna tahi lalat anda seperti coklat gelap? Tahi lalat yang sihat sepatutnya berwarna coklat gelap atau hitam bukan hijau atau merah jambu.
D Diameter
Tahi lalat yang normal sepatutnya lebih kecil daripada 6mm.
E- Evolving
Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tahi lalat anda, ia mungkin berbahaya dan anda perlu rujuk kepada doktor dengan kadar segera.
Kredit: Era Baru
Sumber: penmerahpress
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 5 Kaedah Mudah Untuk Mengesan Tahi Lalat Yang Mungkin Boleh Berubah Menjadi Kanser
Anda sekarang membaca artikel 5 Kaedah Mudah Untuk Mengesan Tahi Lalat Yang Mungkin Boleh Berubah Menjadi Kanser dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/5-kaedah-mudah-untuk-mengesan-tahi.html