5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan

5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan
link : 5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan

Baca juga


5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan

IPOH – Lima individu termasuk seorang wanita mendakwa ditipu setelah sebuah syarikat gagal menunaikan janji untuk memberi pulangan berlipat ganda menerusi skim pelaburan yang mereka sertai.

Chin Soo Mee, 47, yang kerugian RM10,000 mengetahui mengenai skim pelaburan tersebut daripada seorang lelaki berusia 41 tahun yang merupakan rakannya dan beliau mula melakukan pelaburan sejak Disember tahun lalu.

Wanita itu yang bekerja di bahagian pentadbiran di sebuah syarikat swasta di sini mendakwa syarikat pelaburan berkenaan menjanjikan kadar pulangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah pelaburan sekiranya menyertai skim terbabit.

“Lelaki tersebut yang merupakan ‘upline’ kepada syarikat itu berjanji akan membayar keuntungan sebanyak 10 peratus dan turut berjanji sekiranya pelaburan itu untung atau rugi dia tetap akan memulangkan wang pelaburan saya.

“Namun saya hanya menerima hasil pulangan pelaburan berjumlah RM210 sahaja pada April lepas dan saya telah menghubungi lelaki itu tetapi dia hanya memberi jawapan yang dia tidak tahu menahu apa yang telah terjadi dan tidak mahu bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Chin juga ada membuat semakan status pendaftaran perniagaan syarikat berkenaan menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati alamat syarikat tersebut adalah sebuah rumah kampung di Kepala Batas, Pulau Pinang dan ia telah pun ditutup.

Seorang lagi mangsa, Cheah Su Yen, 52, yang kerugian lebih RM2,000 berkata beliau mengetahui mengenai skim pelaburan tersebut menerusi individu yang telah menipu Chin dan melakukan pelaburan pada Januari lalu sekadar menerima hasil pulangan pelaburan sebanyak RM210 pada Februari.

“Pihak syarikat berjanji akan membayar keuntungan daripada jumlah pelaburan setiap bulan tetapi saya hanya menerima hasil pulangan sekali sahaja dan tidak menerimanya lagi sehingga ke hari ini.

“Saya ada menghubungi syarikat terbabit namun gagal dan saya juga telah membuat laporan polis terhadap syarikat itu dan lelaki terbabit yang berniat jahat dan sengaja menipu kami semua,” katanya.

Lelaki itu berkata terdapat kira-kira 50 orang lagi di negeri ini telah menjadi mangsa penipuan syarikat itu dan kesemua mereka mengalami kerugian lebih RM500,000.

Kesemua mereka telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam pada Mei lalu selepas menyedari telah ditipu oleh syarikat berkenaan, katanya.

“Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas syarikat  itu dan lelaki tersebut yang telah menipu ramai orang menerusi skim pelaburan yang sebenarnya tidak pernah wujud,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sini.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan

Sekianlah artikel 5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Individu Dakwa Ditipu Syarikat Skim Pelaburan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/5-individu-dakwa-ditipu-syarikat-skim_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :