Judul : 4 Fakta Menyedihkan Chester Bennington Yang Kematiannya Buat Peminat Menangis
link : 4 Fakta Menyedihkan Chester Bennington Yang Kematiannya Buat Peminat Menangis
4 Fakta Menyedihkan Chester Bennington Yang Kematiannya Buat Peminat Menangis
(Foto: variancemagazine.com)
Kematian Chester memang masih menjadi sebuah misteri. Namun setelah ditelusuri lebih lanjut, ternyata beliau mengalami banyak kejadian menyedihkan ketika hidupnya. Beberapa kejadian aneh juga pernah terjadi sebelum Chester memutuskan untuk membunuh diri.
1. Chester adalah mangsa buli dan gangguan seksual
(Foto: pakistantoday.com.pk)
Siapa sangka bahawa vokalis ternama ini mempunyai masa lampau yang gelap ketika kecil. Dalam satu temubual pada tahun 2008, Chester mengaku bahawa beliau pernah dikasari serta mengalami gangguan seksual ketika kecil. Semua itu dilakukan oleh rakannya yang berusia lebih tua darinya. Chester dipaksa melakukan perkara yang sama sekali tidak disukainya. Sejak saat itu, beliau mengalami kemurungan yang memberi kesan pada sikap dan tingkah lakunya. Chester menjadi lebih pemalu dan hilang kepercayaan diri akibat pengalaman mengerikan itu.
2. Penggemar minuman keras
(Foto: variancemagazine.com)
Akibat masa-masa sukar yang beliau alami, Chester melepaskan semuanya dengan mengambil minuman keras dan ubat-ubatan terlarang. Sudah bertahun-tahun beliau melakukannya dan mengambilnya, Chester mengakui sudah mendapat keyakinan diri. Namun lama kelamaan beliau sedar, semakin beliau mengambil barang tersebut, makin hancur hidup yang dimiliki. Kerana itu Chester cuba berhenti menjadi penagih dan penggemar minuman keras.
3. Perkara aneh mengenai kematian Chris Cornell dan Chester Bennington
Persahabatan antara dua pemuzik ini sudah umum diketahui. Bahkan selepas kematian sahabat baiknya itu, Chester pernah menulis surat yang sangat menghayat hati untuk sahabat baiknya, Chris Cornell, yang kematian pada bulan Mei. Tarikh kematian Chester juga tepat pada ulang tahun kelahiran Chris Cornell. Tiada siapa yang mengetahui ia kebetulan atau memang sengaja.
4. Lagu terbarunya seperti luahan perasaan Chester
(Foto: billboard.com)
Seperti yang diketahui, Linkin Park saat ini sedang mempromosikan lagu baru mereka berjudul "Heavy" yang baru muncul beberapa bulan lalu. Namun siapa sangka bahawa jika diamati, lagu tersebut ternyata seperti luahan hati dari Chester sendiri. Setiap lirik mengandungi erti bagaimana peritnya perjalanan hidup yang dilalui, hingga akhirnya dia tidak boleh meneruskannya. Lagu ini seolah-olah menjadi salam perpisahan Chester untuk semua pencinta karyanya di dunia.
Kini dunia berduka dengan pemergian salah seorang pemuzik ternama dunia. Suara emas sang vokalis tidak akan didengar lagi, tiada siapa yang mampu gantikan tempatnya dalam dunia muzik.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 4 Fakta Menyedihkan Chester Bennington Yang Kematiannya Buat Peminat Menangis
Sekianlah artikel 4 Fakta Menyedihkan Chester Bennington Yang Kematiannya Buat Peminat Menangis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 4 Fakta Menyedihkan Chester Bennington Yang Kematiannya Buat Peminat Menangis dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/4-fakta-menyedihkan-chester-bennington.html